Tahniah diucapkan buat pelakon Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans yang sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi laman Instagram miliknya, Juliana, 34, berkongsi khabar gembira itu buat tatapan pengikutnya.
Melalui posting sama, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu turut memuat naik gambar terkininya yang jelas kelihatan ‘baby bump’ memandangkan usia kandungannya sudah mencecah bulan kelima.
“Saya dan suami dengan rasa gembira ingin mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata kedua. Kami sangat teruja menantikan kedatangan ahli keluarga baru.
“Doakan yang baik-baik,” tulis Juliana menerusi ruangan kapsyen beserta tanda pagar #22weekspregnant dan #secondtrimester.
Juliana turut memuat naik rakaman video ketika doktor sedang menjalankan ultrasound scan.
Meninjau ruangan komen, rakan-rakan artis serta peminat pelakon Kami The Movie itu turut mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Juliana.
“Congratulations, we are sharing the same gynae. The best in Malaysia,” komen Nourul Depp.
“Sophieeeee!! Allahumma Baarik! Wonderful news!” titip Datin Lisa Surihani.
“Take care babe,” coret Nadia Aqilah.
Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.