Pelakon, Rozita Che Wan dilaporkan telah membayar sebahagian daripada hutang pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejumlah RM550,000.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi sebuah hantaran di aplikasi X pada Ahad.
Asyraf berkata, bayaran tersebut diterima sehingga Jumaat lalu menyebabkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita ditangguhkan.
“Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550 ribu sehingga Jumaat lalu,” tulisnya.
Bagaimanapun, Rozita diarahkan untuk melunaskan baki hutang dalam tempoh tiga bulan.
Ads
“Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac,” kongsinya lagi.
Che Ta Maklum Dah Bayar Hutang?
Sebelum ini, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, memberitahu sudah melunaskan pinjaman Mara bernilai hampir RM1 juta.
Perkara itu dimaklumkan Rozita menerusi tangkap layar perbualan bersama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, menerusi aplikasi WhatsApp.
Ads
Aaisyah mempersoalkan mengenai status hutang kerana risau mengenai keadaan ibunya itu.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Ads
Rozita dikatakan masih belum tampil bertemu pihak berkenaan untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd.
Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman.
Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan milik Rozita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46 sepatutnya diadakan, namun ditangguh atas permohonan pelakon itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan & X Asyraf Wajdi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon, Nynaa Harizal, iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Khamis.
Permohonan itu difailkan plaintif, Mohamed Fahmi, 29, terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal ,25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.
Menerusi permohonan itu, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, Fahmi ketika ditemui media antara berkata, dia akan sentiasa ada berharap dapat berjumpa.
“Hi sayang, i love you. Saya harap awak kuat, banyakkan berdoa kepada Allah dan berzikir. Saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa… saya sangat harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat,” katanya.
Mengambil positif atas kontroversi yang berlaku kepada usahawan dan bintang media sosial, Sajat, jelas Alif Muhaimin, niat untuk mengerjakan umrah merupakan satu pencapaian yang terbaik bagi seorang muslim.
Tidak mahu menuding kesalahan tanpa memperhalusi punca sebenar, ulas Hero Remaja 2017 itu, Sajat mungkin punya sebab tersendiri apabila memakai telekung di Tanah Suci.
“Secara peribadi saya tidak tahu sama ada ia patut atau tidak, tapi jika dia sendiri mahu dekatkan diri dengan Tuhan, dan niatnya suci dan ikhlas, saya rasa bagus.
Namun disebabkan dia memakai telekung, ia menjadi isu.
“Bagi saya, sukar untuk dia memakai ihram kerana dia punya bentuk badan seperti wanita dan jika terdedah, mungkin akan mengganggu jemaah lain.
Jadi apabila dia mengambil keputusan memakai telekung, mungkin ia bertujuan untuk tidak mengganggu jemaah lain beribadah.
“Orang pun tidak tahu dia perempuan atau lelaki dan sekaligus boleh mengelakkan fitnah. Jadi itu antara dia dengan Allah.
“Apabila dia berniat mengerjakan umrah dan sampai ke sana, ia satu pencapaian yang bagus bagi seorang muslim,” jelasnya yang akui biarlah pihak yang lebih arif untuk mentafsir.
Malah, tindakan Sajat memuat naik status di laman sosial miliknya dilihat sebagai norma kebiasaannya seorang selebriti berkongsi detik peribadi buat tontonan umum.
“Bagi saya, dia seorang selebriti media sosial dan tindakannya memuat naik di Instagram bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya mungkin itu cara dia untuk tunjukkan dia mahu berubah. Namun terjadi salah faham.
“Saya sangat berharap apabila dia pulang daripada mengerjakan umrah, akan terdetik di hati untuk berubah menjadi lelaki sejati,” jelasnya kepada MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wow… tahniah MH ucapkan buat pelakon cantik, Nadia Brian yang memuat naik sekeping fotonya yang seakan-akan telah menerima lamaran daripada kekasihnya yang dikenali dengan Mu’izz Nasruddin.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah selain mendoakan semoga hubungan kekal sampai bila-bila.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak mengenai lamaran yang diterima memandangkan si empunya badan belum tampil memberikan kenyataan.
Foto: Instagram Nadia Brian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...