Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendedahkan dia bakal melakukan acara merisik buat anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, minggu hadapan.

Akui berdebar tetapi teruja, pelakon drama Kiah Pekasam yang mesra disapa Che Ta ini bagaimanapun terbuka apabila bercakap mengenai pilihan hati anak-anak.

“Tak kisah siapa pun Ammar pilih, saya hanya nak anak saya bahagia. Sebagai suami, Ammar perlu mendidik isterinya menjadi lebih baik.

“Tapi, bila dapat isteri berhijab lebih mudah. Lagi satu, bakal isteri Ammar ini juga bukan jenis yang jenis suka main media sosial,” katanya, petik Berita Harian.

Ads

Che Ta Hanya Ingin Lihat Kebahagiaan Anak, Merisik Bakal Isteri Ammar Minggu Depan

Rozita menambah dia yakin wanita yang juga lulusan universiti itu mempunyai keperibadian baik biarpun baru dua kali bertemu.

“Apa yang saya tahu keluarga bakal isteri Ammar orang baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke Malaysia dan pernah bermain golf bersama Ammar,” katanya.

Ads

Ditanya mengenai tarikh pernikahan, Rozita memberi bayangan majlis pernikahan hanya akan dilangsungkan setahun lagi.

“Keluarga bakal menantu mahu anak sulung mereka terlebih dahulu. Selepas itu, barulah diikuti dengan majlis Ammar.

Ads

“Bagaimanapun, mengenai majlis termasuk bertunang hanya akan dibincangkan ketika merisik nanti. Doakan majlis berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI