Bag tangan merupakan salah satu eksesori wajib bagi setiap wanita. Malah, ada di antara mereka yang terlalu obses terhadap beg tangan. Mahu banyak koleksi sebab mudah nak suai padan.
Lantaran itu, pelakon cantik Rozita Che Wan terpangil berkongsi bersama pengikutnya di Instagram tentang cara-cara pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian diri.
Katanya, ketika hendak membeli bag tangan, antara kritiria yang perlu diambil kira adalah jenis majlis, warna dan bentuk badan.
“Hari ini I nak share dengan uolls tips paling penting bila nak membeli hand bag. Tips ni I ambil dari pengalaman I sendiri.
“Uolls semua kena tahu, bag ni nak guna untuk majlis apa, atau nak bawa ke mana. Bukan apa, takut tak sesuai. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar berjalan-jalan, pilih yang sedikit elegan dan berkulit lebih lembut. Warna yang sesuai seperti hitam, hijau. Warna yang nude atau yang sesuai mengikut tema and baju uolls,” tulisnya.
Tambah Che Ta lagi, pemilihan warna dan bentuk bdan juga mempengaruhi pemilihan sesebuah beg tangan itu.
“Hitam, nude dan coklat adalah warna paling universal dan paling senang nak match dengan banyak baju. Tapi kalau nak kelainan, boleh pilih warna seperti hijau, pink atau warna-warna terang. I sendiri suka warna-warna yang simple. Kadang-kadang je guna warna meriah-meriah ni.
“Yang ni sangat penting. Handbag cantik tapi kalau tak kena dengan bentuk badan tak jadi jugak. Kalau 6 kaki ke bawah, disarankan guna handag yang tak terlalu besar. Takut nanti nampak macam bawak peti ais pulak. Besar sedikit tidak mengapa tapi jangan oversize. Yang tinggi pulak jangan guna handbad terlalu kecil,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan berterima kasih diatas tips yang diberikan oleh Che Ta itu.
Wah, bukan senang Che Ta nak bagi tips cara-cara memilih handbag ni. Di harap perkongsian Che Ta itu dapat dimanfaatkan.
Yang penting, lagi tiga tips akan diberikan kemudian dan difahamkan Che Ta pun sudah ada koleksi begnya sendiri. Memang lawa!
Foto: Instagram Che Ta
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI