Pelakon, Rozita Che Wan kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuat kenyataan palsu yang memperlihatkan dirinya seakan merendahkan anak-anak orang lain yang tidak dilahirkan dalam keadaan mewah.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, hantaran tersebut sememangnya berniat jahat dan sengaja ingin mengundang kemarahan netizen.
“Orang dakwa saya kata, anak saya adalah T20 tapi anak orang lain B40. Saya tak pernah pun kata macam itu dan labelkan diri saya sedemikian.
“Saya pun tak tahu cerita itu dikeluarkan di portal yang mana, tapi saya rasa portal yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada MH.
Semalam, Che Ta ada memuat naik hantaran di Instagram bertanya mengenai individu atau pihak yang mendakwa dia pernah mengeluarkan kenyataan berbaur riak.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini lega apabila netizen masa kini sudah bijak menilai kesahihan sesebuah hantaran di media sosial.
Ads
“Tapi bila saya muat naik hantaran di Instagram (IG), ramai netizen tahu kenyataan itu bukan dari saya.
“Kita bukan nak cakap besar, tiada beza pun saya dengan orang lain, saya juga terpaksa bekerja bukan duit itu turun dari langit. Bukannnya saya baring dan tidur sahaja.
“Kenyataan tidak benar itu nanti akan mengundang kecaman. Orang akan cakap artis berlagak,” ujarnya lagi.
Che Ta berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perasmian Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di pusat beli belah My Town, Cheras pada Sabtu.
Ads
Katanya lagi, dia juga berkerja keras sama seperti ibu bapa yang lain untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.
“Seperti hari ini saya baru saja pulang dari Kelantan menghadiri acara, kemudian ke pejabat sekejap ada mesyuarat dan ke sini.
“Jadi saya tidak pernah bezakan saya dengan sesiapa. Demi Allah tak pernah. Kita jadi macam apa yang kita ada hari ini adalah dari sokongan semua orang terutamanya B40.
Ads
“Awak ingat T20 nak layan kita misalnya bila kita jual produk? Bila saya keluarkan produk pun saya keluarkan produk yang mampu milik, untuk semua orang rasa diri mereka disayangi dan cantik tanpa belanja yang tidak masuk akal,” katanya.
Che Ta berkata dia juga mudah terusik lebih-lebih lagi bila membabitkan anaknya dan sekaligus menafikan dia memanjakan anaknya seperti yang didakwa.
“Saya muat naik di Instagram supaya orang tahu kenyataan itu bukannya dari saya. Alhamdulillah ramai yang memberikan komen yang positif.
“Orang ramai pun kenal saya sebab saya selalu buat live. Jadi bila kisah itu keluar mereka tahu ia bukan dari saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Aishah mengakui foto hasil bidikan lensa Project Two-Pi dan CST Production yang dimuat naik menerusi Instagram baru-baru ini adalah sebagai persiapan menuju hari bahagianya tidak lama lagi.
Sopan mengenakan kurung polos putih dari Tangsi Tujuh, Puteri Aishah, 27, memberitahu setakat ini dia memilih untuk tidak memperincikan mengenai majlis nikahnya dengan lebih lanjut.
Bagaimanapun, proses persiapan sedang berjalan dan kini lebih 80 peratus siap.
“Ya itu foto ‘pre-wedding’ kami. Sejujurnya saya saja mahu berkongsi kepada peminat. Selebihnya biarlah pada hari bahagia semua tahu siapa si dia. Saya muat naik sebab tidak mahu ada yang ‘terkejut’ atau tanya ‘eh terus nak kahwin ke’ atau sebagainya.
“Siapa yang tahu, tahulah saya rapat dengan siapa. Malah kami pun sudah saling kenal sejak lebih dua tahun. Sesi ‘photoshoot’ itu pun baru sahaja kami buat.
“Yang lucunya, ada juga yang sangka saya sedang menjalani sebuah penggambaran drama kerana dari sisi, teman lelaki mungkin iras seorang pelakon lelaki lain. Sebab ada yang cakap wajah mereka yang hampir sama menyebabkan ada yang terkeliru,” katanya.
Berkongsi mengenai perancangannya selepas mendirikan rumah tangga, bekas finalis Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid ini mengakui rutin hidupnya tiada banyak beza.
“Kami kenal ketika sama-sama tengah mengejar impian. Malah katanya, dua tertarik dengan sikap saya yang rajin bekerja. Malah biarpun sudah bergelar isteri selepas ini, saya tak mahu hanya ‘goyang kaki’ di rumah.
“Sebab saya memang impikan seorang suami yang boleh sama-sama bina hidup dalam keluarga. Bukan hanya bergantung pada pasangan semata-mata. Semoga selepas ini, kami berdua terus dimurahkan rezeki insyaAllah,” katanya lagi.
Puteri Aishah sebelum ini mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bulan ini bersama lelaki pilihan yang juga seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan penyanyi Aina Abdul dalam konsert minggu ketiga Big Stage 5 (BS5) sekali lagi dikritik netizen.
Menerusi rancangan tersebut, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, yang berperanan juri tetap telah dikecam ramai gara-gara fesyen busana berwarna merah jambu dikatakan menganggu pandangan penonton di sekelilingnya.
Minggu lalu, penyanyi lagu Sumpah ini telah dikecam kerana memakai perhiasan di kepala yang terlalu tinggi sehingga menganggu pemandangan orang yang duduk di belakangnya.
Menerusi gambar OOTD yang dikongsi Aina di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen menegur Aina agar tidak lagi menghalang pandangan orang lain yang mungkin terganggu dengan baju yang digayakannya itu.
Datuk Awie memilih filem seram komedi sebagai naskhah terbitan syarikat miliknya Rumah Produksi Merah.
Bintang terkenal itu tampil menerbitkan filem berjudul Sue-On iaitu kisah mengenai hantu dari siri Korea yang tersesat masuk ke Malaysia menerusi layar televisyen.
“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.
“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” katanya.
Mengambil inspirasi dari sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang menghiburkan.
Penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember
2021 di Taiping, Perak.
Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 6 Julai lalu dan masih ditayangkan sehingga sekarang.
Sue-On mengisahkan seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen.
Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin TV, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, memadamkan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.