Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyebabkan beberapa rakan menjauhkan diri.

Menurut Rozita, 52, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, mendedahkan situasi tersebut tidak mengejutkannya, namun dia melihatnya sebagai ketentuan Allah dalam memperlihatkan kebenaran.

“Mestilah ada yang menjauhkan diri. Apabila Allah memberikan ujian kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan kita daripada dia, masa itulah dia pergi.

 “Saya fikir positif saja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya,” katanya ketika ditemui sejurus acara pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.

Dalam masa sama, Che Ta mendedahkan dia sudah bebas hutang kecuali pinjaman perumahan.

Ads

“Alhamdulillah semua dah selesai. Sudah tiada apa-apa (kaitan).

“Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tidak boleh mengelak dengan komitmen seperti itu,” katanya.

Mengulas mengenai keputusannya untuk berdiam diri sejak isu berkaitan menjadi perbualan hangat, Che Ta menjelaskan kematangan mengajarnya cara terbaik untuk menangani setiap perkara.

Ads

“Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.

“Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak.

“Apabila berhadapan dengan benda begini, Mereka tertanya-tanya bagaimana saya boleh setenang ini.

Ads

“Saya hanya mampu cakap, setiap masalah akan ada masa untuk dia berakhir.

“Allah takkan turunkan ujian itu kalau kita sebagai hamba ini tak dapat nak menanganinya. Saya percaya Allah akan selalu ada,” katanya lagi.

Terdahulu pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Bagaimanapun aktres itu dipercayai sudah membuat pembayaran sebanyak RM 550,000.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI