“Che Ta Tu Dah Kenapa?,”- Pakai Cermin Mata Hitam Oversize, Che Ta Dikecam Netizen Pada Entri IG Tok Ti

Share

Semalam, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah hadir ke majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran Siti Aafiyah  pertama, anaK Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami. 

Lalu, momen menarik majlis tersebut telah dikongsi Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram. 

Bagaimanapun dalam ramai yang memberi tanda suka pada setiap foto sekitar majlis, ada juga netizen yang memberi pandangan terhadap rakan artis, Rozita Che Wan yang seperti biasa tampil glamor, lengkap memakai cermin mata hitam. 

Lantas, pelakon yang berusia 46 tahun itu telah menerima komen pelbagai oleh netizen. Ada yang menyindir dan sebagainya. 

Ada netizen yang turut merasakan Che Ta tidak sepatutnya berpakaian sedemikian untuk ke sebuah majlis yang tertutup seperti di dalam dewan dan sebagainya. 

Tidak baik untuk kita berkata perkara yang tidak baik terhadap orang lain. Barangkali Che Ta sakit mata atau sekadar mahu hanya untuk berfesyen. Bersangka baiklah selalu. Tak gitu?

Amboi…macam macam komen yang diberikan. Siapa yang tak kenal Che Ta yang memang gemar berfesyen kan? Lover her! 

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

Published by
Nazar Rafiqhi