Minggu ini, ‘timeline’ MH memang dipenuhi dengan ayat-ayat cinta, romantis gitu. Mula-mula pelik juga kenapa ramai sangat yang bersemut sangat ni, tapi bila lihat tarikh, terus MH faham sendirilah.
Dalam pada itu, MH amat tertarik dengan perkongsian Dr Amalina Bakri di Twitter miliknya. Mungkin korang semua dah biasa dengar ‘cheesy pick-up line’ tapi apa yang dimintanya kali ini berbeza sedikit.
Semuanya bermula apabila ada yang meninggalkan komen pada Amalina mendakwa dia sukar untuk memahami ‘pick-up’ line yang ditulisnya
me trying to understand @DrAmalinaBakri ‘s pickupline pic.twitter.com/kBJHhWOMRK
— Jagiya (@ammdgaf) February 14, 2018
Mungkin daripada situ, Amalina muncul dengan idea meminta agar netizen berikan ‘cheesy medical pick-up line’ kepadanya.
To all the medics out there, hit me with some cheesy medical pick-up lines, go!
— Amalina Bakri (@DrAmalinaBakri) February 14, 2018
Oh my! MH ni sejujurnya kalau nak guna ‘pick-up line’ biasa pun memang tak reti, namun apa yang mengejutkan MH adalah kreativiti rakyat Malaysia yang menyahut cabaran Amalina tersebut.
Sejujurnya, memang ‘terms’ yang digunakan pun ada MH tak faham bagaimanapun, setelah melakukan ‘research’, MH boleh faham apa yang diperkatakan sekaligus menambah pengetahuan dalam bidang kedoktoran.
Apa-apapun, MH sangat terhibur dengan kreativiti rakyat Malaysia.
sumber: Twitter Amalina Bakri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI