Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan dia telah berdamai dengan bekas menantu, Shikin Maembong.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Chef Wan berkata dia enggan memanjangkan lagi ‘persengketaan’ mereka sebaliknya mengambil keputusan untuk berbaik demi cucunya, Arianna yang merupakan anak tunggal Shikin bersama bekas suaminya, Chef Riz.
“Sungguh manis melihat kedua-dua cucu perempuan saya berbaju kurung dan kebaya.
“Air dicincang tidak akan putus. Sebagai orang dewasa, kedua-dua kami turut melakukan kesilapan.
“Jadi, kami mengambil keputusan untuk melupakan segala yang berlaku.
“Memaafkan di antara satu sama lain dan belajar daripada kesilapan kami serta berubah ke arah kehidupan yang lebih bahagia.
“Sebagai seorang datuk, saya akan sentiasa ada dan cuba melakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu mahupun bekas menantu. Itu janji saya. Insyallah, Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Menurut Chef Wan lagi, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap Shikin yang merupakan kakak kepada aktres Emma dan Chacha Maembong.
“Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak kan ke mana. Lagipun saya tidak pernah pun ada rasa begitu terhadap Shikin pun.
“Duit saman menyaman ni akan kayakan peguam-peguam sahaja serta membuang masa kita sahaja masing-masing pun.
“Baik lagi duit itu saya peruntukan untuk urusan membesar, kebajikan dan pelajaran Arianna di masa hadapan,” tulisnya lagi.
Shikin kemudian menitipkan komen betapa dia dan Arianna sangat menyayangi Chef Wan.
“Me and Arianna love you so much,” tulis Shikin.
Terdahulu, media melaporkan persengketaan timbul di antara mereka susulan teguran terbuka Chef Wan terhadap Shikin melibatkan permasalahannya dengan bekas suami pada ketika itu.
Disebabkan teguran tersebut, Shikin kemudiannya bertindak menghantar surat saman malu terhadap bekas bapa mentuanya itu.
Sekadar info, Shikin mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz pada 5 Disember 2014 namun jodoh tidak berpanjangan apabila mereka disahkan bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI