Gelagat chef nombor satu Malaysia, Chef Wan yang suka menyakat ibunya telah mendapat perhatian daripada peminat-peminatnya.

Tersentuh hati apabila melihat gelagat Chef Wan yang melayan serta menjaga ibunya yang kini sudah semakin berusia.

Menerusi akaun Instagram Chef Wan sendiri, dia ada berkongsi beberapa rakaman video, dia melayan dan menjaga kebajikan ibunya yang dikenali dengan nama Cik Ani.

Kadang-kadang terhibur juga hati ini tatkala melihat rakaman video dua beranak ini. Terserlah kasih sayang yang seorang anak kepada ibu yang tiada penghujungnya.

Jom kita lihat bagaimana gelagat Chef Wan yang suka mengusik ibunya ini.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Ads

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Ads

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Dalam rasa terhibur melihat keletah Chef Wan yang suka menyakat ini, hadir satu perasaan pilu dan hampir menitis air mata melihat kemesraan mereka.

Ada juga peminat-peminat Chef Wan yang melahirkan rasa pilu selepas menonton video ini kerana terkenang ibu dan bapa mereka yang telah lama pergi menghadap ILLAHI.

Ads

intan_shahnaz2004: @chefwan58 masya Allah cantik your mom.. soooooo sweet & adorable.. I missed my late Mom.. Al-Fatehah

aishahyusofjb: I dont know why…but latelt, I love watching ur vids..I really miss my mom and dad..alfatehah to both

cikpuan_annisaa: Ya Allah rindu arwah mak…sy suka tengok mak chef

Buat mereka yang masih lagi mempunyai ibu dan bapa, hargai dan sayangilah mereka kerana anda pasti akan merasa kehilangan yang sangat besar apabila mereka sudah tiada nanti.

Sumber: Instagram Chef Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI