Seperti yang semua tahu, Datuk Aliff Syukri kini berada di Switzerland bersama ahli keluarga. Namun sepanjang dirinya di sana pelbagai isu hangat yang timbul tanpa disedari. Dan ini telah mendapat teguran dari Chef Wan.

Jika sebelum ini netizen mengecam tindakan Aliff yang dikatakan sengaja menunjuk-nunjuk jam tangan mewahnya jenama Rolex dan cincin 4 karat, kali ini Aliff meluah kekecewaannya pula kerana dihalau oleh pihak restoran.

Melalui ruangan kapsyen, Aliff memberitahu kejadian ini berlaku kerana dia dan keluarganya hanya ingin menumpang makan di restoran tersebut.

“Sedih saya bila bawa pergi restoran bawa bekal sebab kat sini makanan halal amat susah nak dapat. Baru je cadang nak order lah air biar cover sikit nak tumpang makan… tapi kena halau… jadi kami makan lah di tepi jalan,” tulisnya.

Namun, walaupun ramai yang bersimpati dengan situasi tersebut, ada juga beberapa individu yang kurang bersetuju dengan tindakkan Aliff terutamanya Chef Wan.

Ads

Chef Wan Tegur Aliff Syukri Makan Tepi Jalan

Bagi chef No.1 Malaysia ini, tindakan Aliff yang suka makan bersila di tepi jalan akan menjatuhkan imej rakyat Malaysia.

Ads

Selain itu, Chef Wan juga menambah tiada siapa yang akan bersetuju dengan tindakan Aliff yang hanya ingin ‘tumpang makan’ di tempat meniaga seperti itu.

“U pun satu mana satu restoran yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air sahaja… depa meniaga macam u pasti la need the table for the guests. Why la makan anak beranak tepi jalan macam tu? There so many park where u can find table to eat when u travel all over Switzerland. Saya pun dah berpuluh kali di sana… Aliff… Aliff!” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Chef wan juga pelik bagaimana individu yang punyai kekayaan seperti Aliff boleh membiarkan diri makan di tempat yang tidak sepatutnya.

Ads

“Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff when i saw him eating with the family di tepi jalan.I find that shocking.First of all as Malaysian kita kena jaga image kita di mana saja kita berada.Pelik saya with all his wealth that he has been flaunting to everyone pi la cari tempat2 yg elok untuk makan.” Katanya di ruangan kepsyen.

Tidak terhenti di situ, Chef Wan telah print screen komenya kepada Aliff dan muat naik ke akaun instagramnya dengan memberi beberapa nasihat.

Chef Wan Tegur Aliff Syukri Makan Tepi Jalan

Chef Wan menasihati Aliff untuk rajinkan diri menggunakan segala kemudahan yang ada seperti telefon untuk mencari tempat-tempat makan yang halal di internet.

“There load of restaurant to eat yg halal pun boleh di cari. This days melalui phone tu dah mcm2 we have excess to,” katanya lagi. Bukan itu sahaja, Chef wan juga sempat memberi pandangannya…

 

“Masa pi wedding baru2 ini saya terdengar di meja some of the guests debating among themselves yg juga Kaya Raya tetapi very modest from all the years i have known them.

 

“Depa kata by doing all this flaunting of kekayaan kita selain dari riak didalam agama juga tidak baik untuk image2 mereka yg di pandang tak ada class! U might have the money but u cannot buy the class!

 

“Mereka kata bila kita over do things we also subject diri kita menjadi bahan kutukan so unnecessarily sedang kan ordinary rich people pun dont do that as depa nanti akan malu dengan image begitu even sesama org kaya2 ini.
Sungguh pun begitu, Chef Wan cuba menjelaskan dia bukanlah dengki dengan kekayaan Aliff sebaliknya hanya ingin memberi nasihat.

Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff when i saw him eating with the family di tepi jalan. I find that shocking. First of all as Malaysian kita kena jaga image kita di mana saja kita berada. Pelik saya with all his wealth that he has been flaunting to everyone pi la cari tempat2 yg elok untuk makan. There load of restaurant to eat yg halal pun boleh di cari. This days melalui phone tu dah mcm2 we have excess to. Being a public figure now like it or not he must learn the do and donts. Masa pi wedding baru2 ini saya terdengar di meja some of the guests debating among themselves yg juga Kaya Raya tetapi very modest from all the years i have known them. Depa kata by doing all this flaunting of kekayaan kita selain dari riak didalam agama juga tidak baik untuk image2 mereka yg di pandang tak ada class! U might have the money but u cannot buy the class! Mereka kata bila kita over do things we also subject diri kita menjadi bahan kutukan so unnecessarily sedang kan ordinary rich people pun dont do that as depa nanti akan malu dengan image begitu even sesama org kaya2 ini. Bila memberi pandangan begini mesti la ada kata kita dok dengki dgn harta mereka. Kita pun duit makan tak habis jugak tapi tak payah la buat perangai mcm tu yg jadi kan lagi kita manusia mencari pasal mengata kan hal kita. Actually itu satu perbuatan yg tidak cerdik dan jangan la di jadi kan contoh tauladan kepada sesiapa pun Ustaz kata as that will create more human brings yg ada sifat phd dan mcm2 lagi. Bila saya mendengar apa yg di debat kan ada juga betul nasihat Puan Sri Tadi to also all her friends. She said ” Orang Melayu ni sedikit2 kita phd dgn depa yg cakap2 dan sokong itu pun bodoh jadi pak turut dan kaki kipas, no wonder la mereka naik lemak as they thing its ok to behave in such a manner to seek attention. Bila kita kata perangai mcm orang kampong dan jakun Kaya depa marah kita balik! Said another Datin Seri pulak. Kita dengar saja and i am sure so many of us also hear this thing being debated all the time. Bila saya melihat segala drama minggu ini di pentas kan it is also a lesson to each and everyone of us to be careful with our image on social media. Tersilap langkah habis la!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI