Tiada lagi kelibatnya menerusi program Meletop, Neelofa yang sentiasa positif akui dia kini sedang fokus untuk mengembangkan kerjaya ke Indonesia.
Malah katanya lagi kepada MH, dia bakal berangkat ke sana pada Sabtu ini bagi memulakan sesi perbincangan beberapa projek di sana.
Pada masa sama, usahawan ini turut sedang dalam rangka mencari material sesuai selain merancang untuk berlakon Indonesia.
“Selepas Meletop, saya sedang cuba membina kerjaya di Indonesia. Saya akan ke sana Sabtu ini untuk sesi perkenalan dan mencari material yang sesuai untuk memulakan langkah di sana.
“Jadi saya minta semua doakan supaya keputusan yang dibuat ini membawa tuah, berkat dan dipermudahkan.
Ads
“Di sana nanti, insyaAllah saya akan memulakan kerjaya dengan filem dan kemudian baru beralih kepada program televisyen,” jelasnya.
Terdahulu, Neelofa ditemui pada Majlis Top Beauty Entrepreneur 2020 anjuran Majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.
Menyedari masih ramai peminat yang sukar untuk ‘move on’ dan masih rinduinya di set MeleTop, Neelofa menyifatkan peminat akan secara perlahan-lahan dapat menerima perubahan tersebut.
Ads
“Apa yang saya tahu, untuk beberapa minggu ini mereka akan bertukar hos Meletop setiap minggu sehinggalah waktu tiba diumumkan hos tetap secara rasmi.
“Insyaallah penonton secara perlahan-lahan akan boleh menerima pengganti saya. Tapi sebenarnya Nabil sumbangkan lebih banyak daripada saya.
Ads
“Ada atau tiada saya, Meletop masih tetap akan meletup. Tapi saya akui chemistry antara saya dan Nabil mungkin susah wujud dengan orang lain.
“Ini kerana, masing-masing ada karakter tersendiri,” ulasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Neelofa hadir bersama ibu, Datin Noor Kartini, pengasas Young & Glow bagi menerima anugerah Nona Top Beauty Entrepreneur pada majlis berkenaan.
Foto : Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram Janna Nick, aktres ini telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Janna turut mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua dan berdoa agar perjalanannya dan keluarga dipermudahkan.
“Di kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya.
“Halal kan segala makan minum & hutang piutang sekiranya ada ( Termasuk la hutang bank, credit card & loan ASB dan sebagainya ). Doa kan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan,” tulisnya.
Usahawan, Datuk Seri Vida ada memuat naik sekeping foto ketika dirinya remaja.
Sambil dikongsikan dengan kata-kata semangat yang mengiringi kejayaannya kini, Datuk Seri Vida menerusi kapsyen meluahkan dia merupakan anak yatim yang berjuang menongkah arus kemiskinan.
“Siapa ini..? Seorang anak Yatim yg berjuang Menongkah Arus Kemiskinan..
Berkat usaha.. Ikhtiar.. Doa.. Tawaqqal.. Dia berjaya.”
Kagum dengan semangat juang usahawan ini, netizen meminta Vida menurunkan tips dalam perniagaan.
Malah, iras wajah ibu kepada dua anak ini dikatakan seperti Siput Sarawak.
MH turut kagum bagaimana ibu tunggal ini mampu membina legasi walaupun ditimpa ujian yang maha hebat. Vida sebelum ini pernah kehilangan dua anak lelakinya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,10, dalam kebakaran pada Ogos 2013.
Foto – Instagram Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas adik ipar usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli atau dikenali sebagai Iqbal iaitu Ayunie dikatakan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman ushawan itu sebanyak lebih RM5...