Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mededahkan sikap sebenar ibunya ketika sedang membeli-belah.
Perkara itu dikongsi Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamilleen ketika ditemui bual menerusi radio Hot.fm dalam segmen Geng pagi Hot bersama Shuib dan Syuk.
“Kalau shopping dengan Mama ambil masa selama lebih dua jam dalam satu kedai itu sahaja.
“Mama akan tengok dan tanya pendapat saya dulu, kalau saya cakap tak cantik, mama tetap akan beli juga.
“Mama shopping terlalu lama dan saya kena tunggu dia, sehingga saya nak shopping barang saya pun kedai pun dah tutup,” kongsi Cik B.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila pakaian yang digayakan remaja berusia 14 tahun itu bernilai lebih RM30,000 dari atas sehingga bawah.
“Masa shopping ketika itu (pakaian streetwear bernilai lebih RM30,000) saya ajak Mama pergi shopping sekali, tetapi saya guna duit hasil perniagaan saya,” kongsinya jujur.
Mempunyai setengah juta pengikut di Instagram, Cik B turut menerima pelbagai respon dan reaksi dari netizen mengenai cara hidupnya.
“Kalau ada yang kecam di ruangan komen media sosial, saya anggap itu sekadar gurauan, tetapi sekiranya ia melibatkan Mama dan keluarga, saya rasa macam nak tumbuk-tumbuk muka orang yang komen itu.
“Saya akan simpan dalam hati atau saya akan blocked dia,” tegas Cik B.
Ikuti temu bual penuh menerusi video di bawah;
Video : Hot TV