Perjalan cerita si abang, yang sinonim dengan nama Bengah apabila kisahnya bersama adik istimewa, Afiatul Salsabiila sering mendapat perhatian ramai dengan telatah dan gelagat masing-masing.
Meski sudah dua tahun bergelar suami kepada Nur Mahfuzah Zulkifli atau mesra disapa Cik Bunge, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor tetap sayangkan adik istimewa, Cik Pia yang merupakan penghidap sindrom down.
Justeru, Bengah, 32, telah memuat naik video throwback saat dia bergelar raja sehari, beberapa tahun lalu.
“Inilah video kenangan yang Bengah ada dimajlis hari persandingan.. Cik Pia bagi bunga dekat Bengah & Cik Bunge.. ? berpeluh pipi pakai sut ni.
“Mungkin Cik Pia ingat Bengah dan isteri akan pindah pergi planet lain lepas kahwin. Tapi TAK… sama je. Abang tetap #AbangYangPenyayangkepada Cik Pia #KesayanganAlam ?
“Terima kasih 700K followers! Doa kan segala urusan Bengah dipermudahkanNya! Amin,” tulisnya.
Malah, aksi mereka menerusi video lama itu juga turut mencuit hati ramai netizen.
Lalu, ada yang meninggalkan komen pelbagai terhadap video berkenaan.
Untuk makluman, Cik Bunge mula menyarung hijab awal bulan Desember lalu dan kerana itu Bengah telah mengaburi (blur) wajah isterinya bagi menjaga auratnya.
Video : IG Bengah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI