Tular di laman sosial seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dikenali sebagai Ammar yang menolak untuk berkahwin menerusi sebuah aplikasi telefon pintar.
Gelagat dan reaksi terkejut apabila diminta berkahwin nyata mengundang reaksi lucu netizen.
Menerusi laman Instagram Hot FM, stesen radio ini berkongsi punca mengapa si kecil ini ‘patah hati’ dan tidak mahu berumah tangga.
Jelas Ammar, kekasih hati Cik Ton telah ‘dirampas’ oleh seseorang yang bernama Adam.
“Cik Ton kenapa sampai hati buat Ammar macam ni! 😭💔 Patutlah Ammar taknak kahwin 🤣🤣 Kredit : aennhasbulahh,” kongsinya.
Di ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si kecil ini dan memberi reaksi.
Terdahulu, video ‘Tidak Mahu Kahwin” Ammar yang dikongsi di laman Twitter telah mendapat tontonan hampir 300,000 dengan ulang kicau lebih 31,000.
Foto : Twitter aennhasbulahh & Instagram Hot FM