“Lelaki ni cemburu sebab dia sayang.” Itu kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein apabila ditanya sama ada bakal suaminya, Mohamad Azlan seorang yang kuat cemburu atau sebaliknya.
Malah, bintang Kampung People itu turut mendedahkan, sebagai pasangan tunang ia suatu yang normal dan andai ada masalah, keduanya lebih senang untuk berbincang.
“Saya pun cemburu juga, tetapi bukanlah masing-masing cemburu yang membuta tuli. Misalnya kalau ada hal yang tak berapa okay di matanya, dia akan cuba cakap dan saya suka cara yang begitu. Begitu juga sebaliknya.
“Apa yang boleh saya beritahu setakat ini perhubungan kami ini dilihat sihat kerana tiada unsur-unsur ‘checking’, nampak matang dan masing-masing beri kepercayaan.
“Saya sendiri ada beritahunya bila sudah berkahwin kita ada dua pilihan iaitu untuk gembira atau nak berduka. Kalau mahu nak gembira kena terima keburukan atau kelebihan pasangan, saling sayang dan sebagainya.
“Apa pun saya tidak nafikan hidup sebagai suami isteri akan ada masalahnya. Ia suatu yang normal cuma tinggal lagi bagaimana kita untuk selesaikannya. Bukan dengan cara mencari masalah.
“Dalam perhubungan ada pasang surutnya, kena ada tolenrasi dan bertolak ansur. Kami pilih bahagia dan cuba untuk jaga kepercayaan yang diberi,” katanya kepada MH.
Elly yang mesra disapa Kak Lina itu juga secara seloroh turut menjelaskan, tunangnya itu sering ‘update’ aktiviti, lengkap dengan video.
“Cuma cikgu ni sejenis, mana yang dia pergi dia akan beritahu pakej dengan video. Saya tidak minta tapi dia beri. Mungkin itu caranya dan selesa dengan cara begitu hingga saya pun buat hal yang sama.
“Kami jarang berjumpa dan apa yang kami boleh buat ialah buat panggilan video. Cuma saya ada beritahunya, bagus kita buat macam ni tapi kalau sudah berkahwin nanti dan lama kelamaan, ia akan jadi janggal.
“Sebolehnya apa yang kita buat hari ini, harap ia akan berterusan sampai bila-bila,” terang Elly yang memberitahu persiapan majlis nikahnya sudah pun lebih 50 peratus berjalan.
Elly dan Azlan berkenalan pada Ogos tahun 2019 dan mereka kemudiannya menganjurkan majlis merisik pada 19 Oktober lalu.
https://www.instagram.com/p/B6SJXNKpPLP/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI