Cikgu Sado Dapat Hadiah Hampir Setiap Hari

Share

Kalau diperhatikan zaman sekarang ini, ramai di kalangan guru baik lelaki atau perempuan mempunyai rupa paras yang kacak dan cantik.

Tidak dapat dinafikan apabila adanya guru ‘handsome’ dan ‘cantik’ ini membuatkan pelajar dengan sendirinya bersemangat untuk belajar.

Terbaru, tular di laman sosial tentang seorang guru pelatih Pendidikan Jasmani yang mempunyai tubuh badan yang tegap atau lebih senang disebut dengan perkataan ‘sado’.

Cikgu sado ini dikenali dengan nama Jimmy Jejai atau nama sebenarnya Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar.

Kalau dilihatkan pada pandangan pertama, pasti anda tidak menyangka lelaki ini merupakan seorang guru dan sebelum bergelar guru dia pernah menjadi seorang jurulatih kecergasan.

Menurut sebuah sumber, kini Jimmy sedang berkhidmat sebagai guru pelatih di salah sebuah sekolah menengah yang terletak di negeri Perak.

Sumber memberitahu lagi, Jimmy digelar sebagai ‘guru selebriti’ kerana popular di media sosial dengan menunjukkan bakat dan pengetahuannnya tentang dunia kecergasan malah Jimmy juga turut berkongsi kemahirannya ini dengan pelajar-pelajarnya.

Jimmy berkata kepada sumber, boleh dikatakan setiap hari dia menerima hadiah dan pelbagai soalan di alam maya.

Ada suatu ketika, Jimmy memberitahu terdapat pelajar daripada sekolah lain telah mengepung dirinya hanya untuk bergambar dengannya serta mendapatkan tips mendapatkan tubuh badan sepertinya.

Menurut Jimmy lagi, dia tidak menyangka dirinya boleh menjadi tular dan  juga menjadi ikutan hanya kerana dia berkongsi apa yang dia perolehi.

Pada November akan datang Jimmy yang berasal daripada Pulau Pinang ini bakal beraksi dalam sukan bina badan.

Untuk pengetahuan ramai, selain bergelar guru pelatih dan jurulatih kecergasan, Jimmy juga merupakan seorang model dan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Memang berbakat sungguh guru pelatih ini kan. Bukan sahaja itu, Jimmy juga turut fasih dalam berbahasa mandarin.

Sumber: Hangat.com

Published by
Izzati Ramli