Cincin Ke Brooch? “Kalau Mampu, Tak Kan Nak Pakai Yang Kecil Kan? Lagi pun, Saya Niaga Emas,” – Datuk Vida

Share

Penampilan terkini usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menjadi perhatian apabila ahli perniagaan berkenaan kerap dilihat mengenakan cincin bersaiz besar hingga mengundang pelbagai reaksi.

Menjawab persoalan tersebut, usahawan berusia 50 tahun itu menerusi Kosmo! menjelaskan, cincin tersebut ialah rekaannya sendiri.

“Mana ada brooch (kerongsang)! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia,” katanya mengenai cincin yang dipakainya dalam muat naik sebuah video TikTok baru-baru ini.

Vida menambah, dia tidak akan tergamak memakai kerongsang di jari semata-mata ingin tular dalam media sosial.

“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas. Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia.

“Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar,” katanya.

Sementara itu menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi lagu I Am Me itu menjelaskan dia merupakan seorang peniaga emas dan tidak salah untuk mengenakannya jika berkemampuan.

“KALAU MAMPU, TAKKAN NAK PAKAI YANG KECIK KECIK KAN. Lagipun SAYA NIAGA EMAS. PASNI PESENG PIRING ASTRO SY NAK PAKAI,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai dan pengguna Instagram masing-masing meninggalkan komen pelbagai.

Terdahulu, Vida sebelum ini memuat naik sebuah video TikTok tentang dirinya yang masih solo ambil mempamerkan barang kemasnya, termasuk sebentuk cincin besaiz dempak.

Malah cincin Vida menerusi sebuah video ketika memberi pandangan mengenai persembahan anaknya, Cik B di program Muzikal Lawak Superstar turut menjadi tumpuan.

Foto: Instagram Datuk Seri Vida

Published by
MH