“Cincin Risik Atau Hanya Koleksi Peribadi?” – Cincin Di Jari Manis Neelofa Undang Perhatian

Share

Nama pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa menjadi perhatian ramai apabila sebetuk cincin terlihat kembali bersarung si jari manis figura popular itu.

Ada yang mendakwa, ia seolah-olah cincin merisik pemberian PU Riz buatnya sebelum ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story (IGS), Neelofa dilihat masih mengenakan cincin yang diperkatakan sebagaimana yang diperkatakan ramai sejak semalam.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu adalah cincin risik atau ia hanya salah satu koleksi peribadinya.

Selain melakukan beberapa reviu di IGS, Neelofa yang dilihat sopan mengenakan persalinan coklat bersama niqab hitam antara lain turut berkongsi azam tahun barunya iaitu untuk bersedekah dan rezeki selain mengajak ramai untuk turut sama melakukan amal kebajikan.

Terdahulu, hubungan pasangan itu masih menjadi tanda tanya ramai selepas dilanda kontroversi akhir tahun lalu.

Malah hingga kini, kedua-duanya masih belum membuka mulut menjelaskan status terkini hubungan mereka.

Foto: Instagram Neelofa

Published by
MH