Penyanyi yang juga merupakan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui berasa amat gembira selepas berjaya menyempurnakan amanat arwah bapanya untuk mencari pasangan hidup yang terbaik buat adik bongsunya, Nadia Yaakob.
Menurut Fazley, sewaktu dia berkahwin duhulu, bapanya telah pun menitipkan pesan untuk terus menjaga adiknya itu dengan baik terutamanya selepas ketiadaannya nanti.
“Bee adik bongsu ku sayang @nadyaakob , di dalam gambar-gambar ini tersimpan sebuah kisah diantara arwah bapak dan balong.
“Selepas balong bernikah dengan kaklong @azrene_ahmad , balong peluk bapak dan inilah yang bapak pesan ‘Paji, pastikan kau tak sia siakan adik bongsumu, jaga dia elok-elok, carikan pasangan yang benar-benar menyayangi dia, yang mampu menjaga dia seperti bapak jaga dia, terutamanya pabila bapak telah tiada nanti.
“‘Ingat pesan bapak, kerana bila bapak dah tiada, kaulah wali utamanya!’ Dan jawapan balong, ‘Paji akan pegang amanah bapak ini!’ tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Bila April itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Tambah menggembirakan lagi apabila detik bermakna itu jatuh pada tanggal ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-71.
Malah, Fazley turut memaklumkan dia berasa amat bersyukur kerana majlis merisik dan penyerahan cincin tanda adik bongsunya itu telah pun berlangsung dengan jayanya.
“Ternyata, jika bapak masih hidup, hari ini bapak akan berumur 71 tahun, namun Allah lebih menyayanginya. Namun bapak, Paji dah sempurnakan bahagian pertama janji paji.
“Hari ini acara merisik telah pun selesai. Cincin tanda telah pun di terima, syukur alhamdulilah,” jelasnya lagi.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fazley dan seluruh ahli keluarganya.
“Alhamdulillah, tahniah cik Nadia Yaakob. Al-Fatihah buat arwah Haji Yaakob.
“Al-Fatihah, tahniah untuk adik bongsu kesayangan Datuk.
Ads
“Alhamdulillah, syukur. Amanat arwah bapa dijaga dengan baik. I know you can take the responsibility.
“Alhamdulillah, congratulations Nadia Yaakob. Bertuah ada abang seperti Fazley Yaakob. Semoga segala urusan dipermudahkan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konflik membabitkan pengacara dan penyampai radio tekenal, Shuk Sahar yang didakwa telah bersikap curang terhadap isterinya telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.
Malah masing-masing cuba memberikan pendapat sendiri dan tak kurang yang meminta untuk mendoakan keduanya mencari jalan penyelesaian terbaik.
Janna Nick misalnya ada menyuarakan pendapat mengenai perkara tersebut menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, isu masalah rumah tangga adalah satu perkara yang peribadi untuk diperkatakan.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga Shuk bersama isteri.
“Bukan nak backup @shuk_hotfm Tapi… kita tak tau perjalanan hidup kita Ni macam mana. Ramai Lagi aih orang biasa Kat luaq sana yang ada scandal semua beza dia, depa bukan Artis.
“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya. Ni Sembang lebih lebih Satgi kena marah.
“Isu isu dalam kain ni kita tak tau sapa betul sapa salah..Mai kena tang hidung sendiri baru kita nak sedaq.
“So better doa kan yang baik baik. Kita dok pulun kutuk sana kutuk sini pun tak guna,” tulisnya.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mathni Razak berdepan situasi cemas apabila pejabatnya yang terletak di Kajang, Selangor hampir dirompak.
Kejadian berlaku pada pagi 1 Syawal lalu.
Mathni menerusi Harian Metro menjelaskan, dia menyedari perkara itu selepas terdengar bunyi barang terjatuh.
“Saya bersama keluarga memang habiskan masa sepanjang malam sehari sebelum raya untuk menyediakan kerepek dan beberapa barang jualan.
“Jadi, kami berada di sana sehingga pagi dan sempat tidur sebentar sebelum Subuh. Lebih kurang jam 7.30 pagi, saya terdengar bunyi seperti ada benda terjatuh dan agak kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Menurut bintang Degup Cinta ini lagi, dia melihat kelibat dua lelaki lengkap bertopeng dan bersarung tangan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pejabat.
“Pada awalnya, saya ingat mereka adalah polis yang membuat rondaan. Namun, saya rasa berasa ragu kerana ada tindak tanduk mereka yang nampak mencurigakan.
“Apabila saya perhatikan, mereka memecah masuk ke pejabat yang terletak di tingkat bawah. Saya terus menghubungi polis dan pada masa sama, meminta bantuan rakan yang tinggal berhampiran.
“Tiga kali saya cuba menghubungi polis, namun masih belum ada sebarang tindakan. Jadi, saya terpaksa bertindak dengan menghentak dinding apabila mereka sudah mula naik ke tingkat atas dan akhirnya melarikan diri,” akuinya.
Mathni juga menjelaskan disebabkan itu, dia menghabiskan hampir keseluruhan sambutan hari pertama Aidilfitri untuk membuat laporan polis.
Malah, situasi hampir sama juga pernah berlaku sebelum ini kira-kira dua tahun lalu.
“Polis tiba di tempat kejadian sekitar jam 9.30 pagi. Saya tak pasti sama ada ini tindakan wajar atau tidak.
“Risau juga sebab dalam tempoh dua jam itu macam-macam boleh berlaku contohnya, saya sekeluarga termasuk anak yang masih kecil mungkin boleh disamun dan dicederakan,” katanya.
Mathni turut berkongsi, dia banyak menghabiskan masa di pejabat yang dijadikan sebagai pejabat virtual untuk mereka yang baru memulakan perniagaan selain tempat menjalankan perniagaan makanan dan bundle.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Mathni Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, pelakon, Lana Nodin memaklumkan dia dan keluarga sudah pun berangkat ke Tanah Suci, Mekah bagi menunaikan umrah.
Dalam hantaran yang dikongsikan di dalam Instagram itu, Lana memohon doa orang ramai agar perjalanan dan segala urusannya sewaktu menunaikan umrah dipermudahkan.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mendapat respon sinis daripada seorang netizen di ruangan komen.
Individu tersebut dilihat secara terbuka telah bertanyakan kepada Lana adakah dia sudah memohon maaf kepada artis-artis yang pernah dikritiknya sebelum ini.
Katanya lagi, perbuatan tersebut dianggap dosa dan mungkin akan memberikan kesan terhadap perjalanan umrahnya.
“Sebelum nak pergi umrah, tak minta maaf dulu ke dekat artis yang dia mengata secara terang-terangan? Kita dosa juga tu,” soal individu terbabit.
Tidak lama kemudian, pelakon filem Chow Kit itu tampil memberikan respon balasnya terhadap komen yang telah dilemparkan itu.
Menurut Lana, individu tersebut tidak sepatutnya menilai dosa dan pahala orang lain namun, dia tetap berterima kasih di atas peringatan tersebut.
“Hebat sister ni. Dia boleh jadi hakim dekat Padang Masyar sebab lebih tahu dosa dan pahala saya sebelum ke umrah. Apapun alhamdulillah.
“Terima kasih kerana mengingatkan. Awak sudah minta maaf dengan saya juga tak?,” balas Lana di Instagram Stories.
Terdahulu, Lana memaklumkan dia dan keluarga bakal menjalankan ibadah umrah secara ‘do it yourself’ (DIY) sepanjang berada di Tanah Suci Mekah nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.