Penyanyi yang juga merupakan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui berasa amat gembira selepas berjaya menyempurnakan amanat arwah bapanya untuk mencari pasangan hidup yang terbaik buat adik bongsunya, Nadia Yaakob.
Menurut Fazley, sewaktu dia berkahwin duhulu, bapanya telah pun menitipkan pesan untuk terus menjaga adiknya itu dengan baik terutamanya selepas ketiadaannya nanti.
“Bee adik bongsu ku sayang @nadyaakob , di dalam gambar-gambar ini tersimpan sebuah kisah diantara arwah bapak dan balong.
“Selepas balong bernikah dengan kaklong @azrene_ahmad , balong peluk bapak dan inilah yang bapak pesan ‘Paji, pastikan kau tak sia siakan adik bongsumu, jaga dia elok-elok, carikan pasangan yang benar-benar menyayangi dia, yang mampu menjaga dia seperti bapak jaga dia, terutamanya pabila bapak telah tiada nanti.
“‘Ingat pesan bapak, kerana bila bapak dah tiada, kaulah wali utamanya!’ Dan jawapan balong, ‘Paji akan pegang amanah bapak ini!’ tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Bila April itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Tambah menggembirakan lagi apabila detik bermakna itu jatuh pada tanggal ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-71.
Malah, Fazley turut memaklumkan dia berasa amat bersyukur kerana majlis merisik dan penyerahan cincin tanda adik bongsunya itu telah pun berlangsung dengan jayanya.
“Ternyata, jika bapak masih hidup, hari ini bapak akan berumur 71 tahun, namun Allah lebih menyayanginya. Namun bapak, Paji dah sempurnakan bahagian pertama janji paji.
“Hari ini acara merisik telah pun selesai. Cincin tanda telah pun di terima, syukur alhamdulilah,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fazley dan seluruh ahli keluarganya.
“Alhamdulillah, tahniah cik Nadia Yaakob. Al-Fatihah buat arwah Haji Yaakob.
“Al-Fatihah, tahniah untuk adik bongsu kesayangan Datuk.
“Alhamdulillah, syukur. Amanat arwah bapa dijaga dengan baik. I know you can take the responsibility.
“Alhamdulillah, congratulations Nadia Yaakob. Bertuah ada abang seperti Fazley Yaakob. Semoga segala urusan dipermudahkan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob