Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz, reda apabila hubungan cintanya selama 12 tahun dengan kekasih hati telah berakhir.

Meskipun tempoh itu bukanlah sekejap, Azira tetap bersyukur dengan perjalanan hidupnya setakat ini.

Cinta 12 Tahun Berakhir, Azira Shafinaz Nafi Tak Serius – “Nak Buat Macam Mana, Jodoh Tak Panjang.”

“Nak buat macam mana? Jodoh tidak panjang. Apa pun, saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ini. Saya cuma mahu kalian doakan supaya saya dipertemukan jodoh pada masa akan datang.

“Mungkin saya akan berkahwin tahun hadapan. Siapa tahu? Ini adalah impian dan doa saya,” katanya.

Azira berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di Espira Kinrara, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Tetap Percaya Jodoh

Anggota kumpulan De Fam ini turut menepis dakwaan bahawa dia tidak serius dalam perhubungan.

Ads

Cinta 12 Tahun Berakhir, Azira Shafinaz Nafi Tak Serius – “Nak Buat Macam Mana, Jodoh Tak Panjang.”

“Kalau tidak serius, saya tidak akan bersama dengannya selama 12 tahun. Bila bercinta terlalu lama, mungkin kita tersedar yang kita tidak serasi. Bibit percintaan itu sudah tiada lagi.

“Saya tetap percaya dengan jodoh. Kalau ada, mungkin saya akan tetap bersama dengan dia. Buat masa sekarang, saya mahu fokus kepada diri sendiri. Saya berpisah secara baik, tiada pergaduhan berlaku,” jelasnya lagi.

Ditanya sama ada dia pernah merasakan hubungan yang terlalu lama ini seakan membuang masa, Azira tidak menafikan bahawa perkara itu sedikit sebanyak telah mematangkan dirinya.

“Sudah tentu saya ada terfikir perkara itu. Namun, perkara ini mematangkan saya lagi dalam soal percintaan.

Ads

“Andai kata saya bertemu jodoh atau kembali semula kepada cinta lama, mungkin saya akan lebih matang dan memahami.

“Saya memang nak cari pasangan yang memahami, terutamanya dalam soal kerjaya saya. Saya bukanlah seorang yang terlalu sibuk, tapi ada kalanya, waktu untuk diri sendiri pun tiada,” katanya.

Masih Mencari

Pelakon One Cent Thief ini juga mengakui dirinya terbuka untuk berkenalan dengan lelaki lain dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Cinta 12 Tahun Berakhir, Azira Shafinaz Nafi Tak Serius – “Nak Buat Macam Mana, Jodoh Tak Panjang.”

Ads

“Berkawan itu memang ada. Pada saya, tak salah untuk berkawan dengan ramai orang. Bercinta biar satu. Buat masa sekarang, saya belum terfikir lagi.

“Alhamdulillah, kali ini saya lebih tenang. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Saya mahu seseorang yang mampu membimbing saya.

“Saya sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma cincin sahaja belum ada di jari,” katanya.

Terdahulu, pada Oktober 2023, Azira pernah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya, Yasser Khan.

Malah, dia turut memuat naik foto bersama kekasihnya dengan kapsyen seakan menanti giliran untuk disatukan sebagai suami isteri.

Ini juga bukan kali pertama Azira melalui episod putus cinta bersama lelaki yang sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI