Mas Khan tidak mahu berkongsi mengenai punca hubungan cintanya bersama bekas peserta Dewi Remaja edisi lalu dan pelakon baru, Fazreen Fazera yang sudah pun putus di pertengahan jalan.
Sebelum ini, pasangan selebriti tersebut menyulam cinta selama kira-kira empat tahun.
Ujar pemilik nama lengkap Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan ini seperti yang dipetik mStar, dia bimbang andai mengeruhkan lagi keadaan jika sebarang kenyataan dibuat perhubung perkara itu.
“Saya tidak dapat menghalang kalau netizen buat andaian mereka berdasarkan apa yang dimuat naik di laman sosialnya.
“Lapigupn saya tak nak buka aib sesiapa. Takut ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pelakon Misteri Delaila dan Abang Long Fadil 2 ditanya mengenai isu putus cintanya bersama gadis berkenaan selepas pelakon muda itu membuat pengakuan sudah tidak lagi bersama Mas Khas selepas ditanya peminat di aplikasi Ask Me Question di Insta Stories.
Fazreen ketika menjawab soalan terbabit mengakui, dia tidak memerlukan pihak ketika di dalam hubungan mereka berdua.
Pada masa sama, Mas Khan turut meminta dirinya tidak lagi dikaitkan dengan Fazreen sementelah hubungan keduanya sudah pun berakhir.
“Kalau bolehm saya tidak mahu ambil tahu apa-apa tentang dia lagi.
“Memang saya dah putus dengan dia (Fazreen) selepas empat tahun kami bersama.
“Sebab hubungan kami pun sudah berakhir, tiada sebab untuk saya bercakap mengenainya lagi,” ulas Mas Khan.
Foto: Instagram Mas Khan/carian Google