Pelakon Mimi Lana menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran bekas tunangnya yang juga merupakan aktor Syafiq Kyle yang ke-31.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, meskipun hubungan mereka sudah tidak seperti dahulu namun dia tetap menganggap Syafiq sebagai insan paling istimewa di dalam hatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Melihat kembali foto-foto di galeri (telefon) pada hari istimewa kamu memang agak menyakitkan.

“Walaupun masa telah berlalu tapi awak sentiasa menjadi tempat saya bersandar saat jatuh dan bangun,” tulisnya.

Nukilan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem The Expert itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Mimi turut meluahkan perasaan cintanya terhadap Syafiq tidak akan pernah berubah.

“Cinta Ini Akan Sentiasa Abadi Buat Kamu,” – Jadi Tempat Bersandar, Ini Ucapan Mimi Lana Sempena Birthday Syafiq Kyle

“Cinta ini akan sentiasa bersemadi untuk kamu walaupun masa depan kita masih tidak pasti.

Ads

“Selamat hari lahir bintangku dan selamanya kita kembar,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa yang baik-baik malah ada juga yang masih tertanya-tanya status hubungan pasangan selebriti tersebut.

“Jadi, korang masih couple ke? Tak faham la?

“Semoga Allah jodohkan kalian berdua. Tolong la.

“Ikhlas dari hati mendoakan jodoh kalian. Moga dapat disatuoan secara halal dan becinta hingga ke syurga.

Ads

“Kalau selesa dan serasi bersama, apa lagi, teruskanlah,” antara komen-komen netizen.

“Cinta Ini Akan Sentiasa Abadi Buat Kamu,” – Jadi Tempat Bersandar, Ini Ucapan Mimi Lana Sempena Birthday Syafiq Kyle

Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah membatalkan hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga meskipun persiapan perkahwinan sudah pun dibuat.

Bagaimanapun, pasangan selebriti ini tidak menjelaskan secara mendalam punca perkahwinan tersebut dibatalkan.

Ads

Walaupun hajat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, kedua-dua selebriti itu tidak menafikan bahawa mereka masih akrab dan bersahabat baik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Video: Instagram Mimi Lana

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI