Pelakon, Tasha Shilla berkongsi detik istimewa cintanya yang sedang mekar menerusi sebuah klip video antaranya dengan suami, Muhammad Atiq Idris.
Setiap detik digambarkan dengan penuh keindahan dan bagaimana wanita ini bersedia sepenuhnya untuk dimiliki dan menanti bakal imam untuk memimpin tangannya.
Malah, Tasha turut bermonolog bahawa cinta sejati, dalam kita sibuk mencari, sebenarnya ada yang dekat sedang memerhati.
Apa yang lebih mengujakan hati netizen apabila klip video ini dilakukan sejurus selepas sah ikatan perkahwinan.
Tasha Shilla dan Muhammad Atiq Idris diijab kabul pada 28 Februari lalu di sebuah majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah.
Pasangan ini berkenalan pada Disember 2019 dan mengikat pertunangan pada 23 Februari lalu.
Foto : Instagram Tasha Shilla