Pelakon Zahirah MacWilson telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke setahun bersama dengan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza.
Setelah setahun melayari bahtera perkahwinan bersama, Zahirah ada menitipkan ucapan istimewa untuk suami tersayang.
Di samping berkongsi foto perkahwinan, bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta berharap mahligai cinta yang dibina bersama suami kekal selamanya.
“20/2/20 Happy One Year Anniversary to us my love @aimanhakimridza.
“I love you endlessly, I love you more than you’ll ever know.
“Here’s to us.. one year down, forever to go..,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan dan mendoakan pasangan selebriti kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada pada 5 Januari lalu.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Selebriti Serta Pempengaruh Yang Menanti…,” – Acara Festival Makanan Paling Best, Kumpul Hampir 25 Selebriti!
Acara Havoc Food Festival tahun ini kembali lagi dan pastinya ramai selebriti dan pempengaruh dijangka bakal sama-sama turun padang bagi memeriahkan festival ini, antaranya Azza Elite, Reen Rahim, Qistina Raisyah, Syura Badron, AI Sulong dan pelawak, Vicha Saywho.
Pasangan suami isteri iaitu Cat Farish dan Shikin Maembong juga akan hadir, termasuk Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera, Zaki Azeman, Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.
Memasuki tahun kelima penganjuran, festival di bawah payung Havoc Event & Management Sdn Bhd ini masih mempunyai objektif sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan.
Ia akan bermula 24 sehingga 27 Oktober depan di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan, bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.
Malah buat pertama kali, Havoc Tour Sabah 2024 juga akan diadakan bermula 30 Oktober sehingga 3 November ini di SICC Kota Kinabalu Sabah dan seterusnya di Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 hingga 10 November 2024.
Havoc Food Festival sekali lagi juga bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan.
Malah turut memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan pendapatan dan memperluas pelanggan.
“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kalini.
“Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani.
“Ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi beramah mesra dengan selebriti yang mereka minati,” ujar Faizul selaku Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management.
Selain itu, pelbagai pengisian menarik akan dianjurkan sepanjang karnival, antaranya Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui Sheikh Imran Angulia, Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.
Selain itu, program ‘Our Next Guest ‘, iaitu sesi program podcast baharu yang akan dilancarkan.
Sesi ini akan membawakan pengacara popular daripada Singapura iaitu Dynn Norahim sebagai moderator serta menampilkan selebriti popular.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Penampilan terkini Cat Farish di Sidang Media Havoc Food Festival 2024 di Shah Alam, petang tadi. Sempat Cat sampaikan beberapa buah lagu hitsnya bersama Ruffedge. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Rai Hari Jadi Ke-27, Tapi Rupanya Ramai Teruja Dengan Kecantikan Ahli Keluarga Uqasha Senrose, Mengancam Semuanya!
Pelakon Uqasha Senrose telah pun meraikan hari jadinya yang ke-27 tahun bersama ahli keluarga tersayang.
Mendapat pelbagai ucapan positif dari peminat tersayang, Uqasha turut dan ahli famili lainnya turut berkongsi foto sekitar sambutan.
Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu sempat meluahkan rasa syukur dengan nikmat usia diberikan selain mengucapkan berterima kasih buat semua yang mengucapkan dedikasi hari lahir.
“Alhamdulillah I’m another year older, wiser and more grateful. Thank you so much to everyone who took the time to wish me happy birthday, trust me each of you made my day more special.
“Family friends fans. My life is so blessed with some of the most amazing people. Thank you for being part of my journey,” tulisnya menerusi salah satu postingnya di Instagram
View this post on InstagramA post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on
Malah Uqasha turut berkongsi foto bersama si ibu yang selama ini menjadi tulang belakang terhadap kerjaya dan kehidupannya.
Lalu serentak dengan sambutan berkenaan, ahli keluarga yang turut terdiri daripada selebriti tempatan turut berkongsi foto sekitar dan pada masa sama, ramai yang memuji akan kecantikan ahli keluarga besarnya.
Dalam perkembangan lain, drama terkini lakonannya, Selepas Terlafaznya Akad rancak bersiaran menerusi Astro Ria menerusi slot Mega Drama. Ia merupakan sebuah drama dapatasi Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia.
Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah Kamal Adli, Zeera Azizi, Erwin Dawson dan ramai lagi.
Foto: Instagram selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“No Bling, No Fancy Car, No Berkin, No Mansion, No Fame, Cuma Ada…,” – Emelda Rosemila Kini Tauke Kebun Sayur
Tidak mampu lagi menyembunyikan keterujaan apabila usaha berbudi kepada tanah membuahkan hasil.
Pelakon Emelda Rosemila kini memiliki kebun sayur-sayuran dan sekali gus menyifatkan ia cinta yang terpendam sekian lama.
Kongsi bintang ini, dia tidak perlukan kemewahan, sebaliknya kebun sayur memberikan kebahagiaan sebenar dalam hidup.
“No Bling, No Fancy Car, No Berkin, No Mansion, No Fame, cuma ada kebun sayur,” tulisnya.
“Im so excited and i just cant keep it anymore! Especially apa yg diusahakan membuahkan hasil.
“This is my new love, old dreams, new venture. Thanks dear hubby and Edra for your endless support. Doakan Mel okay?” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
Datin Paduka Umie Aida turut sama meninggalkan reaksi dan menyifatkan kebun sayur yang dimilikinya lebih bermakna daripada barangan mewah.
“Ada Kebun sayur lebih hebat dari bling2 , car & hbeg dik… salute usaha mu,” tulis Umie.
Semakin ramai golongan selebriti punya kesedaran untuk perancangan masa hadapan.
Foto : Instagram Emelda Rosemila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI