Pelakon Zahirah MacWilson telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke setahun bersama dengan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza.
Setelah setahun melayari bahtera perkahwinan bersama, Zahirah ada menitipkan ucapan istimewa untuk suami tersayang.
Di samping berkongsi foto perkahwinan, bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta berharap mahligai cinta yang dibina bersama suami kekal selamanya.
“20/2/20 Happy One Year Anniversary to us my love @aimanhakimridza.
“I love you endlessly, I love you more than you’ll ever know.
“Here’s to us.. one year down, forever to go..,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan dan mendoakan pasangan selebriti kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada pada 5 Januari lalu.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Adeline Tsen Berbikini Saat Cuti Sempena Musim Panas Di Eropah, Cantiknya Dia!
Pelakon Adeline Tsen baru-baru ini mengambil cuti rehat dari kesibukan kota dengan bercuti ke Eropah.
Malah, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini juga tidak terlepas untuk bergambar di beberapa buah destinasi menarik di sana.
View this post on InstagramA post shared by Barbie Tsen (@adelinetsen) on
Selain itu, Adeline juga mempunyai posing tersendiri dengan cara mengangkat kedua-dua belah tangannya itu.
View this post on InstagramA post shared by Barbie Tsen (@adelinetsen) on
Difahamkan, negara itu kini mengalami musim panas.
Jadi tidak hairanlah sekiranya Adeline menggayakan pakaian sebegitu. Yang penting, Adeline tampak makin lawa!
Foto : Instagram Adeline
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pick Up Line Ke Ni?”, – Remy Ishak Kongsi Foto Cedera, Mira Filzah Ditanya Bagi Pickup Line?
Kecederaan teruk di bahagian muka yang dikongsi di laman Instagram menyebabkan ruangan komen penuh dengan reaksi netizen yang bimbang akan keadaannya.
Berkongsi paparan realistik filem terkini lakonannya, Sangkar, Remy memaklumkan sesiapa yang ingin melawatnya boleh datang ke pawagam berdekatan.
“Pada yang ingin melawat dan memberi sokongan kepada saya boleh datang ke pawagam esok. Terima kasih! 29 August 2019 #sangkarmovie,” kongsi pelakon ini.
Mira Filzah, pelakon jelita yang pernah dikaitkan dengan Remy turut meninggalkan reaksi yang bikin netizen cair.
Melihatkan kecederaan pelakon Pujaan Hati Kanda ini, Mira bertanya sama ada dia memerlukan jururawat untuk merawat kecederaan.
“Perlukan nurse tak? Haha,” tulis Mira.
Pertanyaan tersebut dibalas Remy yang keliru, adakah di cantik jelita ini sedang memikatnya.
“Pick up line ke tu? Maaf saya orang tua,” balas Remy.
Netizen memberikan reaksi tersendiri melihat kemesraan pasangan ini.
Filem Sangkar ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini. Selain Remy, turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Mira Filzah, Zul Ariffin dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by SANGKAR (@sangkarmovie) on
Foto : Instagram Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sibuk Make Up Diri Sendiri Sampai Lupa Tengok Anak?,” – Ada Yang Masih Hantar Anak Ke Sekolah Meski Kurang Sihat, Rita Rudaini Selar Sikap Penjaga Lepas Tangan
Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa yang masih menghantar anak-anak ke sekolah meski pun dalam keadaan kurang sihat.
Jelas Rita, ibu bapa tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan menghantar anak-anak ke sekolah semata-mata demi memudahkan urusan seharian.
Luahan tersebut telah dikongsikannya sebelum ini. Lalu menerusi Insta Stories, Rita turut tampil memberikan respon susulan.
“Kenapa saya cakap macam tu sebab yang lepas, anak-anak demam pun mak bapak hantar jugak pergi sekolah seban mak bapak nak senang and nak pergi kerja,” tulisnya.
Jelasnya, para ibu bapa sepatutnya memantau tahap kesihatan anak-anak terutamanya sebelum berangkat ke sekolah.
“Banyak kes sampai cikgu suruh patah balik. Tak kan tak pegang or tak tengok keadaan anak pagi-pagi bangun? Ke sibuk make up diri sampai lupa tengok anak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Rita turut menambah, permasalahan tersebut bukan sahaja akan menyusahkan pihak sekolah tetapi murid-murid yang lain juga.
“Sekolah pun pening dengan perangai sesetengah parents yang amek lepas. Dalam dok kata SOP ketat bagai, siap email kalau anak demam tak sihat batuk ke jangan hantar sekolah. Tetap hantar. Tak faham ke tak cerdik,” akhiri Rita.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI