“Cintakan Kamu Lebih Dari Apa Yang Kamu Tahu,” – Setahun Jadi Isteri & Throwback Foto Kahwin, Zahirah MacWilson Coret Ucapan Buat Suami, Sweetnya!

Share

Pelakon Zahirah MacWilson telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke setahun bersama dengan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza.

Setelah setahun melayari bahtera perkahwinan bersama, Zahirah ada menitipkan ucapan istimewa untuk suami tersayang.

Di samping berkongsi foto perkahwinan, bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta berharap mahligai cinta yang dibina bersama suami kekal selamanya.

“20/2/20 Happy One Year Anniversary to us my love @aimanhakimridza.

“I love you endlessly, I love you more than you’ll ever know.

“Here’s to us.. one year down, forever to go..,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan dan mendoakan pasangan selebriti kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada pada 5 Januari lalu.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

Published by
Nazar Rafiqhi