Tampil dengan kreativiti tersendiri memberi ucapan raya, artis versatil, Ayda Jebat menggunakan beras dan menyunting video menggunakan kaedah ‘slow motion’.
Perkara itu dikongsikannya di Instagram.
“SE.LA.M.A.T HA.RI. RA.YA
From us! Raya masih on kan? Jo nampak handsome disitu. Haha! And Happy Birthday Daddy Mahir!
“Mama cakap lepas ni @nabilmahir dapat adik. Cheetah is coming. Haha! Rawwr.
“Tips : Boleh buat guna duit syiling jugak & tulisan kena terbalik tau! Dan harap bersabar masa shooting ni okay,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Ayda sekeluarga tampil mengenakan rona biru bagi memberi dedikasi Selamat Hari Raya.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat 300,000 tontonan dan rata-rata tertarik dan mahu mencuba idea penyanyi lagu Temberang itu.
Video : Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Saya Makan, Dia Jadi ‘Kosong’. Adik Adik Tak Ada…Mak Abah Tak Ada,” – Sebak Dengar Perkongsian Hidup Noraniza Idris
Sebak mendengar perkongsian penyanyi senior, Noraniza Idris mengenai kisahnya ketika berusia sekitar tujuh tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam seni, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati Kama dan Dikir Puteri ini berkongsi rasa perihal kisah nyanyian dan sisi peribadinya menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Noraniza mengakui dia bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang senang.
Dibesarkan dalam keluarga yang besar dan adik-beradik yang ramai, Noraniza mengakui pernah berhadapan dengan waktu sukar dan pernah mengalas perut hanya berbekalkan nasi dan air garam.
Dek kehidupannya itu, Noraniza seperti yang dipetik turut memberitahu, dia juga terpaksa tinggal bersama atuk, seorang tukang andam dan bidan yang jauh lebih senang berbanding keluarga sendiri.
“Kenapa saya sangat menghargai mak dan abah, lalu perturunkan kepada anak-anak dan anak-anak didik, kenang jasa mak dan abah. Memang arwah mak dan abah keluarga yang susah, kais pagi makan pagi.
“Sampai suatu ketika saya dengan mak saya ada komunikasi dengan atuk sebab abah tak mampu nak beli kasut sekolah. Sampai mak saya kata pada atuk, jagalah. Kami tak mampu nak tampung.
“Atuk pun cakap kemas barang ikut atuk kat rumah, boleh makan ayam hari-hari. Jaga dan tolong atuk masak, atyuk bagi RM10 sebulan. Saya sukalah dengar. Rupanya saya tak dapat jumpa emak. Ketika itu saya berusia 7 tahun, saya tanya pada atuk…,” katanya dalam nada sebak.
Selepas ditanya, atuk memberitahu ibu bapanya sedang sibuk mencari nafkah.
“Atuk kata mak abah kau kerja. Tak apa, atuk boleh bagi macam-macam, tia-tiap minggu bila atuk pergi majlis kahwin bawa Nasi Minyak yang kami adik beradik suka. Tapi masa saya makan, saya rasa kosong. Adik beradik mak ayah tak ada.
“Kalau mak abah datang, saya peluk mereka. Sampai saya dengar atuk cakap kau jangan datang, nanti Ani nak ikut baik. Hingga abah jumpa saya curi-curi jumpa di sekolah dan bagi duit,” kongsi Noraniza yang menyatakan bapanya bukanlah seorang yang memberi ekspresi kasih sayang secara terang-terangan.
“Sebab itulah saya selalu pesan, ingat salam mak…Cium tangan habis-habis. Ini adalah restu. Bila restu ibu bapa kepada kita, aura positif masuk dalam jiwa kita sebagai anak dan itulah rahsia kejayaan kita sampai bila-bila,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on
Foto: Instagram Noraniza Idris, Sumber: YouTube
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PU Riz Hadiahkan Neelofa Cincin, Doakan Suami Sentiasa Murah Rezeki
Keharmonian rumah tangga pasangan selebriti Neelofa dan suami, PU Riz sentiasa dikagumi ramai dan apa sahaja yang dikongsikan di laman sosial mereka pasti meraih perhatian daripada netizen.
Terbaharu, Neelofa memuat naik sebuah cincin berlian hadiah daripada suami tercinta seperti yang dikongsikan menerusi InstaStory.
Menerusi hantaran itu, Neelofa sebenarnya ditanya tentang pilihan hadiah sama ada beg tangan atau cincin yang dia inginkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, Neelofa tidak terus memberikan jawapannya pada ketika itu.
Selang beberapa hari, PU Riz kemudiannya menelefon dan bertanyakan saiz cincin yang dipakai isterinya kerana dia sudah berada di hadapan kedai perhiasan emas.
“Terima kasih Haris, moga mencurah-curah rezeki you asbab cuba bahagiakan isteri,” tulis Neelofa.
Untuk info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.
Neelofa dijangka melahirkan anak kedua dalam pertengahan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saat Bahagia,” – Ini Foto Indah Sekitar Persandingan Zamani & Isteri, Segak Bersongket Biru!
Penyanyi Zamani telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Nur Juliana pada 20 September tahun lalu.
Memilih tarikh 1 Januari 2020, pasangan pengantin baru ini mengadakan sebuah majlis resepsi di Emerald Ballroom, Mercure, Selangor yang turut diraikan bersama keluarga dan tetamu jemputan.
Penyanyi berusia 48 dan isteri kelihatan cukup segak mengenakan persalinan songket berwarna biru.
View this post on InstagramA post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on
View this post on InstagramA post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on
View this post on InstagramA post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on
View this post on InstagramA post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on
View this post on InstagramA post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on
Sejurus sah bergelar suami isteri, pasangan ini juga difahamkan telah pun berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah Oktober lalu.
Foto : Instagram Zime Production
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI