Bermula sebagai peserta ‘underdog’ sejak minggu pertama saingan, malam final program nyanyian, Big Stage 2020 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC), menyaksikan kejutan penyanyi muda, Azzam Sham diumumkan sebagai juara bagi musim ketiga.

Bintang berusia 23 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Juri sepakat untuk memberikan markah sebanyak 67.85% buat Azzam, sekali gus diumum sebagai juara, menewaskan empat peserta lainnya.

Cipta Kejutan, Azzam Sham Juara Big Stage 2020!

Ads

Bertemakan Ultimatum, Azzam mempersembahkan dua buah lagu dan persembahannya yang meyakinkan nyata mendapat tepukan gemuruh serta reaksi positif juri.

Tempat kedua dimenangi Usop yang mendendangkan lagu Arjuna dan Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali

Bintang tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Ads

Peserta dari Kedah, Qody Rany menduduki tempat ketiga, membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tempat keempat dan kelima masing-masing disandang oleh Dinie Rashid dan Fadh Majid yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan juga RM5,000.

Ads

Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar ldan Sherry Al Hadad menampilkan Faizal Tahir, Dayang Nirfaizah dan Ajai selaku juri tetap serta penyanyi, Misha Omar sebagai juri jemputan.

Manakala, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sekali lagi dijemput sebagai Presiden Netizen pada konsert akhir ini.

Penutup konsert akhir Big Stage 2020 yang bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria HD 104 dan Ria 123 turut diserikan dengan persembahan gimik mengagumkan ala-ala siri popular Netflix, Money Heist

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI