Pelakon jelita, Anzalna Nasir ada berkongsi cerita mengenai sikap suaminya, Mohd Hanif di akaun media sosial Instagram miliknya.

Difahamkan, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyambut hari ulang tahun kelahirannya, hari ini yang ke-32.

Lalu, aktres cantik ini mendedahkan sikap romantik suaminya ketika hari jadinya.

“Segalanya berubah bila ada @mohamadeidrees  Dulu, mesti tunggu sampai 12 midnight sebab nak celebrate birthday.

Ads

“Semalam, 9am dah tidur sebab kena berjaga malam susukan anak. I am not complaining tapi sangat bersyukur. @mohamadeidrees la yang ditunggu-tunggu selama ni.

“Last night Hanif woke me up, kissed me on my forehead and wished me birthday tapi I pura-pura mengigau! Hahahahahahhahahahaha #9thJan,” tulisnya.

Ads

Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar Anzalan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sempena hari jadinya yang ke-31 tahun.

“Cium Di Dahi Saya Dan Ucap…”- Anzalna Nasir Kongsi Cerita Sikap Penyayang Suami

Ads

Sekadar informasi, Anzalna telah dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.

Anzalna dan mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI