Sebelum ini, tular dilaman media sosial apabila momen perkahwinan pelakon Nora Danish bersama suaminya, Bossned atau nama sebenarnya Nedim Nazri.

Ia menjadi perhatian apabila pasangan pengantin kelihatan bercium sejurus selesai majlis akad nikah kira-kira 2 tahun yang lalu.

Terkini di laman Twitter pula, seorang pengguna media sosial ada merakam kenangan berkenaan.

Kongsi individu itu, majlis perkahwinan pelakon drama bersiri Puteri itu disifatkan sebagai sebuah perkahwinan yang jujur.

IKLAN

“Tahukah kome, abang rasa majlis bossned & nora danish paling jujur ikhlas dari hulu hati, kiss mulut terus tadak nak acah acah buat malu!,” tulisnya.

IKLAN

Lalu menerusi ruangan komen, ada segelintir individu lain memberikan reaksi pelbagai termasuk membandingkan ia dengan pasangan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, minggu lalu.

IKLAN

“Cium Mulut Tak Ada Nak Acah-Acah Buat Malu,”- Perkahwinan Yang Jujur, Peminat Throwback Majlis Perkahwinan Nora Danish

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Bossned pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Foto : Twitter Perak Power

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI