“Hebat bukan?”. Itu antara trademark yang paling sinonim dengan pelakon senior, Jasmin Hamid.

Sering berkongsi aktiviti harian dan gambar anak-anaknya, terbaru bintang filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu ada berkongsi momen indah saat memberi kejutan buat anaknya, Ian Haziq Macquistan.

“4 APRIL 2019..
Ini bukan lari-lari anak tapi lari-lari Ibu sebab nak surprise kan Big Boss ..syukur tak terjelabak..

“Syukur alhamdulillah kerana Allah panjangkan usia anakku Big Boss @ihmian hingga hari ini.. Ibu hanya bagi DOA dan kasih sayang sebagai hadiah buat anak Ibu.. CIUMAN SEORANG IBU dapat gugurkan dosa-dosa kecil anaknya ..Redho Ibubapa, Redho Allah.. Love you till jannah,” tulisnya.

Ads

Meski Ian atau nama manjanya Big Boss, sudah mencecah 18 tahun, namun Jasmin perlu bersedia kerana satu hari nanti Ian akan mempunyai keluarga sendiri.

“Ye betul.. Big Boss memang anak mak, bukan anak sesiapa.. Big Boss @ihmian makin membesar.. Tapi bagi saya, Big Boss tetap baby saya sampai bila-bila..

Ads

“Cuma saya kena ready bahawasanya satu hari nanti, pasti Big Boss akan ada keluarga sendiri.. Walau macamana pun, SYURGA anak lelaki tetap di bawah kaki ibunya.. Setiap Ibu pasti inginkan anaknya menjadi ANAK SOLEH dan berjaya dunia dan akhirat.. Itu DOA IBU dan lebih utama! Happy Birthday Big Boss,” tulis Jasmin. 

Ads

Dalam perkembangan lain, Ian kini sedang aktif berlakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Malah, barisan selebriti seperti Fasha Sandha, Aaron Aziz, Elly Mazlein, Amelina dan ramai lagi turut membintangi drama arahan Along Kamaluddin.

Foto / Video : Instagram Ian Haziq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI