Penyanyi, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan memiliki heroin, Ahad lalu.
Memetik laporan Kosmo, Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Juara program Gegar Vaganza musim ke-7 itu didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada pukul 3.30 petang, 26 Mei lalu.
Cliff didakwab mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.
Peguam Sallehuddin Salam mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnnya menanggung isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah.
“Anak guam saya bekerja sebagai pemain muzik dan pendapatan tidak menentu,” katanya seperti yang dipetik.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Kosmo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI