Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa geram dengan segelintir netizen yang cuba mengaitkan minat anaknya dengan bekas suami, Aidil Zafuan.

Menurut Rita, pada mulanya anaknya itu lebih berminat untuk bermain badminton tetapi bila masuk sahaja alam persekolahan, minat terhadap bola sepak muncul disebabkan oleh pengaruh daripada rakan-rakan.

 

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Rita menerusi ruangan komen selepas memuat naik gambar anaknya bermain bola sepak.

Ads

“Coach Ajar Sepak Bola, Bukan Bapak Dia,”- Respon Pedas Rita Rudaini Bila Kait Minat Anak Dengan Bekas Suami

“Diorang tak minat bola pun dari kecil. Bukan nak deny ke apa. Diorang lebih minat badminton. Takda relevan ikut bapak ke ikut mak ke. Dah masuk sekolah, kawan-kawan ajak main bola. Saya tubuhkanlah kelab bola sepak untuk diorang suka-suka je.

“Tapi dari tak pandai  sepak dan tak minat bola, coach diorang yang ajar sampai pandai sepak. Jadi ikut bapak ke ikot coach? Tolong jawab? Saya tahu anak saya. Saya yang lahirkan dia,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang memberi tahu, Rita tidak boleh menidakkan fakta bahawa anaknya itu mewarisi bakat semula jadi bapanya.

Tersentak dengan komen sebegitu, ini respon balas pelakon tersebut;

Ads

“Coach Ajar Sepak Bola, Bukan Bapak Dia,”- Respon Pedas Rita Rudaini Bila Kait Minat Anak Dengan Bekas Suami

“Family sis pun banyak main bola. Kalau sebut nama nanti terkejut semua. Lebih popular dan hebat satu ketika dulu. Lagi pun anak lelaki mesti main bola takkan nak main bola jaring pula,” katanya lagi.

Tak kisahlah ikut minat siapa pun, yang penting anak-anak gembira. Semoga satu hari nanti, anak Rita dapat menjadi pemain bola sepak yang berjaya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI