Coldplay Akhirnya Datang Juga Ke Malaysia, Buat Konsert Di KL 22 November Depan

Share

Penantian peminat untuk kumpulan popular British, Coldplay menjayakan konsert di Malaysia akhirnya terjawab apabila band itu mengumumkan konsert jelajah Music Of The Spheres World Tour akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November ini.

Kedatangan Coldplay turut dialu-alukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menciap di laman Twitter miliknya.

“Selamat datang ke Kuala Lumpur,” ciapnya beserta poster konsert jelajah kumpulan tersebut.

Ini merupakan kali pertama Coldplay datang berkunjung ke Kuala Lumpur selepas lebih 25 tahun aktif dalam bidang seni.

Selain Kuala Lumpur, Coldplay turut singgah di Tokyo, Kaohsiung, Jakarta dan Perth untuk konsert jelajah di Asia pada November.

Tiket konsert akan mula dijual pada 16 Mei (prajualan untuk pemegang kad CIMB) dan 17 Mei bermula jam 10 pagi.

Coldplay yang ditubuhkan pada tahun 1997, dianggotai oleh Chris Martin selaku vokalis, Johnny Buckland (pemain gitar), Guy Berryman (pemain bass) dan Will Champion (pemain dram).

Pemenang tujuh kali Anugerah Grammy itu cukup terkenal dengan lagu-lagu seperti Fix You, Yellow, The Scientist, Paradise dan A Sky Full Of Stars.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar