Walaupun baharu mencecah usia lapan tahun, namun rata-rata netizen mengagumi kecantikan yang dimiliki anak perempuan pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Terbaharu, menerusi video yang dikongsikan oleh Rozita atau Che Ta di platform TikTok milikya, dia memuat naik satu rakaman menunjukkan Aaisyah sedang menemaninnya di sebuah restoran.
Yang menariknya, dalam video itu Aaisyah memakai tudung berwarna merah jambu sekali gus menarik perhatian warga maya yang teruja melihat penampilan Aaisyah yang kelihatan ayu.
@rozitachewan1 peneman mak diaaaaa… #aaisyahdhiarana #fyp #cheta #rcw ♬ original sound – ROZITA CHE WAN
“Macam anak Turki, ish laaa segak MasyaAllah.
“Cantiknya dia pakai tudung.
“Kecil-kecil pun dah lawa.
“Cantik macam mama dia.
“Lain macam dia punya cantik tu.
“So cute while wearing hijab,” komen sebahagian netizen.
Sebelum ini, wajah comel Aaisyah juga pernah disamakan dengan pelakon cilik filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan iaitu Harshaali Malhotra.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wonderful Gift From Heaven,” – Tahniah! Che Puan Sarimah Ibrahim Hamil 4 Bulan Pada Usia 41 Tahun
Berkongsi berita gembira menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, YM Che Puan Sarimah Ibrahim mengumumkan sedang hamil empat bulan.
“Alhamdulillah…so this was the most amazing surprise we were given at the end of last year. Just as we were abiut to go on a family holiday…we found out we were about to become a little family ourselves!!
“Yes we are expecting!!! It has been so hard to keep it a secret until now..to all the clients and work partners i have had to cancel on the last few months…now you know the reason for it,” luahnya menyatakan keterujaan.
Menurut Sarimah, dia tidak dapat mempercayai keajaiban yang berlaku memandangkan usianya telah menjangkau 41 tahun.
“What a huge blessing from Allah, at last our doas have been answered..with a wonderful gift from heaven. We are now almost 4 months pregnant…
“I can’t believe I’m going to be first time mum at the age of 41 (this year)!!!
“Alhamdulillah for this miracle…sayang and i are so grateful and happy…please doakan yang terbaik untuk kami ye..and our princess or prince to be.
“There will be more updates to come from us in time…as for now..we are feeling soooo ecxited and i am so overwhelmed and nervous at the same time…there is so much to prepare for now. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by CP Sarimah Ibrahim ❤️ (@sarimahibrahim) on
Sarimah Ibrahim mendirikan rumahtangga dengan Tunku Jamie pada 2 April 2015. Tunku Jamie atau Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.
MH mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
Foto – Instagram Sarimah Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Juga Tengok Hubby Cukur Botak,” – Mawar Rashid
Mawar Rashid beberapa hari lalu ada berkongsi perasaan syahdu serta rasa syukur apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kalinya.
Turut bersama-sama dalam rombongan umrah berkenaan ialah suami, Raf Yaakob serta anak lelaki mereka, Raden Muhammad Rafael.
Titip Mawar menerusi ruangan kapsyen pautan video yang dikongsi, perasaan yang dialami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Malah, bintang utama drama bersiri TQ Captain itu dilihat turut menitiskan air mata di hadapan Kaabah selain merakamkan rasa syukur kerana dapat menjejakan kaki ke tanah suci.
“Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. Alhamdulillah kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami. Dah lama sbenarnya Mawar pasang niat akhirnya tertunai.
“Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari الله SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya.
“Perasaan yg tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA,” tulisnya.
Mawar pada masa sama turut menyatakan, dirinya terasa kerdil dan mendoakan kebaikan kepada semua umat.
“Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni utk perbetulkan diri Mawar kembali ke fitrahNya.
“YA ALLAH YA TUHANKU, Kau kurniakan kesihatan yang baik dan Kau panjangkanlah umur Daku, dan ahli keluargaku, dan kepada semua yg membaca.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
“YA ALLAH YA TUHANKU, kurniakan kami hidayahmu dan ilmu2 yang bermanfaat kpd kami untuk berjaya di dunia & di akhirat.
“YA ALLAH YA TUHANKU, kau berikanlah keberkatan dalam rumah tangga ku. Kau kurniakanlah aku anak2 yang soleh & solehah & patuh kpd ibu bapa.
“YA ALLAH YA TUHANKU, kau permudahkanlah segala urusanku untuk jalankan perniagaan @mawarose_hq dan dapat memberi manfaat di dunia & akhirat.
“Semoga daku dapat membantu mummy, adik bradik, seluruh ahli keluargaku dan semua org yang memerlukan untuk mencapai kejayaan,” tulis Mawar.
Terkini, Mawar turut berkongsi beberapa foto sekitar di tanah suci, selain turut berseloroh mengenai penampilan terkini suami tercinta.
“Dapat jugak tengok hubby cukur botak. Nampak bersih sgt,” katanya.
View this post on InstagramDapat jugak tengok hubby cukur botak. Nampak bersih sgt ❤️
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Macam Ni Matikan Watak Husein,”- Datuk Awie Kecewa Dengan Penerbit Hantu Kak Limah, Dah Kenapa?
Pelakon utama filem Hantu Kak Limah (HKL) Datuk Awie meluahkan rasa terkilan dengan wang bonus yang diterima daripada pihak penerbit meskipun menerima jumlah kutipan mencecah RM 38 juta.
Menurut Awie, wang bonus yang diberikan seolah-olah seperti tidak menghargai usaha pelakon dan sumbangan pekerja belakang tabir filem itu.
“Saya nak sebut pun malu. Bukan saya je terkilan pelakon-pelakon dan krew juga merasakan perkara yang sama. Ini adalah first and the last saya berkerja dengan penerbit tersebut.
“Saya tak kisah kalau penerbit tersebut orang luar, tapi secara logiknya adakah sebegitu dia menilai artis tempatan. Saya tak hadap pun dengan syarikat ni tapi saya mahu memperjuangkan hak-hak artis kita ketika ini.
“Kalau kita berharap kepada penerbit daripada pihak luar, inilah yang akan terjadi,” katanya ketika ditemui di sidang media Dinner GIG 2018, di Tanera Hotel,Bangi pada Khamis.
Langsung ditanya bagaimanakan hubungannya dengan pengarah, Mamat Khalid, ini respon yang diberikan oleh pendukung utama filem HKL itu;
“Saya dengan Abang Mamat memang takda masalah. Bila-bila masaa saya boleh berkerja dengan dia.
“Tapi sekiranya dia mahu membuat sambungan filem ini, lebih baik dia cari penerbit lain atau matikan sahaja watak Husein,” katanya lagi.
Awie akan membuat penampilan istimewa di konsert Dinner GIG 2018 yang dianjurkan oleh Felda United Football Club (The Fighters) bersama ratu rock, Ella pada 7 Disember 2018.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI