
Baru-baru ini Elfira Loy ada melakukan sesi photoshoot bagi sebuah majalah tempatan bersama tunangnya, Faris Khairol Anuar.
Bagaimanapun, ramai yang mula beranggapan bahawa Faris mempunyai iras seperti pelakon Fattah Amin.
“Our photoshoot & interview together,” tulis El sambil disertakan hashtag #farisnotfattah.
Dalam pada itu, isteri kepada Fattah iaitu Nur Fazura turut meninggalkan komen.
“Lol just saw that hashtag..Comel,” balas Fazura.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada September lalu kediaman El, Alam Damai, Kuala Lumpur.
Difahamkan, kedua-dua pasangan merpati dua sejoli itu akan berkahwin pada Januari depan.
Foto: IG Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nora Ariffin Kongsi Foto Di Pusara Arwah Suami, Kapsyen Di IG Undang Sebak Di Sanubari

Bagi setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang pasti akan merasai sedih dan hiba untuk menyambut hari aidilfitri.
Kongsi Nora, tahun ini merupakan tahun ketiga dia dan anak-anaknya menyambut hari aidilfitri tanpa arwah suaminya.
Selain itu, penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu memberi tahu dia menyambut aidilfitri tahun ini dengan bersederhana.
“Assalamualaikum pa. Esk kita semua raya dah.Raya kali amat2 berbeza, sangat sederhana.
“Anak2 dtg visit & sedekah utk abang ni.Semoga kita semua dpt bertemu lagi.
“Ajarlah anak2 menziarahi kubur.Sekurang- kurang mengingatkan kita akn mati.#adadalamtiadabynora”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Di samping itu, peminat juga turut berasa sedih dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa dalam hidup Nora.
Terdahulu arwah suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pasa 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.
Foto : Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Impi Buat Projek Filem Aksi Penjara, Datuk Ayu Puteh Mahu Syafiq Yusof & Juara Muaythai Johan Ghazali!

Isi Kandungan
TogglePenerbit, Datuk Ayu Puteh, menyuarakan hasrat untuk berkolaborasi dengan pengarah, Syafiq Yusof dalam sebuah filem aksi thriller bertemakan penjara dan banduan.
Selain itu, dia turut mahu menyunting dua atlet Muaythai terkenal, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dan Mikail Ghazali Zulfikar, sebagai pelakon utama.
Sebab Mahukan 3 Figura Itu
Menurut Ayu, keputusannya untuk memilih Syafiq Yusof adalah kerana pengarah itu mempunyai kepakaran luar biasa dalam menghasilkan filem aksi yang berkualiti.
“Saya suka cara Syafiq mengarah filem aksi. Dia mempunyai kreativiti luar biasa dan tahu bagaimana membentuk jalan cerita yang menarik serta babak aksi yang realistik.
“Setiap filem arahannya ada identiti tersendiri dan sentiasa mendapat sambutan luar biasa daripada penonton. Sebab itu saya rasa dia adalah individu paling sesuai untuk projek ini,” katanya.
Ayu pada masa sama turut yakin Johan dan Mikail bukan sahaja berbakat dalam sukan tempur, tetapi juga mempunyai karisma yang sesuai untuk dibawa ke dunia lakonan.
“Saya mahu elemen aksi dalam filem ini nampak lebih realistik dan bukan sekadar lakonan semata-mata. Johan dan adiknya sudah biasa bertarung di gelanggang sebenar, jadi saya yakin mereka boleh membawa watak dengan penuh kredibiliti,” tambahnya lagi.
Bina Hubungan Baik dengan Media
Terdahulu, Ayu turut menganjurkan pada majlis berbuka puasa bersama media di Petaling Jaya, baru-baru ini, yabg turut dihadiri anaknya yang juga seorang pelakon, Wanna Ali.
Ayu meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan media setiap tahun sempena Ramadan.
“Saya dan Wanna sangat gembira dapat bertemu rakan-rakan media. Pertemuan sebegini sudah menjadi acara wajib setiap tahun.
“Allah memberikan pelbagai dugaan dalam tempoh dua tahun ini tetapi saya percaya Allah Maha Menyayangi.
“Sentiasa ada rezeki yang diberikan. Sentiasa ada yang menyayangi kami sekeluarga.
“Bagi saya, menghormati dan saling menjaga itu adalah perkara paling penting. Jangan hanya mencari seseorang ketika ada kerja, tetapi melupakan mereka apabila rezeki sudah ada.
“Allah sayang kita semua. Silaturahim juga adalah satu bentuk rezeki,” katanya lagi.
Projek Drama Baharu
Selain filem aksi thriller yang sedang dirancang, Ayu turut mengumumkan projek terbaharunya yang bertemakan badan beruniform.
Projek ini bakal diterbitkan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Eidil Putra, Rita Rudaini, Rita Nadira, Akhirin, Zack Zaki, Mustakil Bahadun, dan Nizam Zaidi.
Menariknya, Ayu juga berhasrat untuk menampilkan Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai cameo dalam drama tersebut, sekiranya beliau berminat untuk terlibat dalam projek berkenaan.
Di samping itu, kejayaan drama ‘Bukan Sekadar Lafaz 2’ yang mencatat tontonan tinggi di TV3 menjadi satu lagi pencapaian membanggakan bagi syarikat produksinya, Pencil Pictures Sdn Bhd.
Kini, syarikat tersebut sedang menghasilkan drama baharu bertajuk ‘Mawar Dahlia’ yang menampilkan Wanna Alisebagai watak kembar di samping pelakon pendatang baharu, Zack Zaki.
Drama 12 episod ini bakal disiarkan secara eksklusif di platform iQIYI.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bersyukurlah Dengan Setiap Apa Yang Kita Miliki,” – Wang Bukan Segalanya, Ini Nasihat Alyah

Tidak dinafikan, era kini segalanya memerlukan wang ringgit dan ianya sangat penting bagi semua orang.
Bagaimanapun, bagi penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan wang bukanlah segalanya dan tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan wang ringgit.
Selain itu, penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberi nasihat kepada peminatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.
“Nombor dimulakan dgn 1 tapi tak tahu berakhirnya dimana. Sama juga dgn duit selagi kita mencari pengakhir bagi masaalah duit maka kita tak akan pernah jumpa.
“Jadi bersyukurlah dgn setiap apa yg kita miliki.InsyaAllah semua akan dicukupkan oleh Allah swt,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on
Semoga perkongsian Alyah boleh dimanfaat seterusnya dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua.
Foto: Instagram Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI