“Comel Dan Bijaknya Dia,”- Anak Nora Danish Sudah Mahir Kenal Bentuk

Share

Meski sibuk dengan kerjaya dan perniagaan, pelakon Nora Danish tetap meluangkan masa anak-anaknya.

Baru-baru ini, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif gembira melihat telatah anaknya, Mohamed Neqayl Nedim yang kini sudah mahir mengenal bentuk.

“Laughter is the best medicine #mohamedneqaylnedim™️ #cintahatineno,” tulisnya.

Selain itu, peminat turut memuji kebijaksanaan dan kecomelan anak Nora.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Bagaimanapun, Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.

Video: Instagram Nora Danish

Published by
Nazar Rafiqhi