Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan Peluang Kedua ini turut memuat naik satu rakaman video berserta beberapa keping foto momen ketika sedang menerima vaksin tersebut.
Mencuri perhatian, Nabila juga dilihat memeluk patung haiwan Dinasour ketika mengambil vaksin tersebut.
Pada masa sama, penyanyi berusia 29 tahun ini memberitahu proses pengambilan vaksin tersebut telah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah.. Bella bersama Baby Joong-Ki dah pun selesai dapatkan dos pertama vaccine Covid19 di Universiti Malaya tadi.
“Kejap je process dia. Tak sakit pun Semua staff frontliner baik2. Thank you so much korang!,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji gelagat bintang drama bersiri Kebaya Kasut Kanvas itu.
“Kene cucuk pun kene ade bear eh so cute,” tulis seorang warganet.
“Well done bella look so cute,” puji seorang peminat yang lain.
“Alaaa. Manjanya bella. Cute jak,” tulis lagi seorang peminat.
Foto: Instagram Nabila Razali