Kisahnya, dikatakan Anaqi telah dimarahi ibunya kerana menghempas beg tangan hingga menyebabkan minyak wangi yang dibawa turut pecah.
Lalu, Shera tidak membenarkan anaknya makan aiskrim seperti yang telah dijanjikan pada awalnya.
Bagaimanapun, si cilik itu mempunyai idea tersendiri untuk memujuk ibunya membelikan aiskrim buat dirinya menerusi sebuah kad.
“Cerita siang tadi. Siapa yang tertengok instastory Mommy tadi mesti tahu kes hempasan handbag Mommy oleh Anaqi.
“Secara tidak sengaja mungkin tapi walau apapun tetap perlu dijadikan pengajaran untuk dia supaya lebih berhati-hati.
“Sebelum berlakunya insiden tersebut, Mommy and Anaqi dah plan nak beli aiskrim sebelum ke bazaar raya. Tapi bila dah jadi, memang tak dapatlah sesi beli aiskrim tu.
“Bila dah sampai bazaar, dan dalam kesibukan Mommy melayan customer yang singgah di booth, rupa-rupanya dalam diam ada percubaan membeli jiwa Mommy oleh Anaqi.
“Idea dia sendiri, tanpa bantuan sesiapa. Disuruhnya Mommy baca, tersengih dan berbungalah hati Mommy.
“Alahai anak, siap buat ice cream card bagai semata-mata nak dapatkan juga aiskrim tu. Hurmmm, tengoklah esok macam mana kalau mood Mommy baik.
“Yang penting, tiba-tiba dia tulis Daddy’s song ‘Nak Ke Taknak Lepak Mamak’ tu dah kenapa??? Apakah??? Nampak sangat Daddy selalu nyanyi lagu tu dengan Anaqi,” kongsinya di Instagram.
Oh my! MH yang baca pun berbunga-bunga juga hati ini. Tak mustahil mesti dah besar nanti dia akan jadi jejaka rebutan.
Apa-apapun, MH suka sangat cara Anaqi pujuk ibunya itu. Mesti sejuk perut Shera kan?
Foto: Instagram Shera Aiyob