“Comelnya Perut Tu…,” – Macam Nampak Ada ‘Baby Bump’, Peminat Mulai Teka Sari Yanti Hamil Anak Kelima

Share

Penampilan terkini pelakon Sari Yanti menarik perhatian ramai peminat.

Menerusi satu foto yang dirakam bersama rakan industri, Scha Alyahya, para peminat di ruangan komen bintang berkenaan mulai berteka-teki sama ada Sari kini sedang hamil anak kelimanya.

Rata-ratanya memuji penampilannya selain tak kurang yang menyentuh mengenai ‘baby bump’ yang seolah-olah jelas kelihatan di samping Scha yang kini sedang meniti hari bersalin anak kedua. 

Malah, ada artis lain seperti Datin Almy Nadia misalnya turut sama memberikan reaksi lalu dibalas dengan tanda emoji oleh isteri kepada Jep itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada Sari kini sedang berbadan dua atau sebaliknya.

Apapun, kami mendoakan yang baik-baik sahaja buat Sari seisi keluarga.

Untuk rekod, Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan setakat ini dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sari juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Foto: Instagram Sari Yanti

Published by
MH