Penyanyi muda, Iman Troye mengakui berasa amat terharu selepas mengetahui lagunya yang berjudul Teman sering kali berkumandang di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sebagai salah sebuah aktiviti harian buat para pesakit Covid-19.
Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, dia berharap agar lagunya itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin sepanjang berada di sana.
View this post on Instagram
“Ya Allah, comelnya semuaa! Rasa macam Iman ada kat sana je bila semua menari sama-sama dengan lagu Teman.
“Rasa macam nak join sekali la. Boleh tak macam tu? hehe! Hopefully everything is alright for them,” tulisnya.
Rasa terharu itu dikongsikan oleh Iman menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, gadis berusia 18 tahun ini turut menyeru orang ramai supaya mematuhi setiap SOP seperti yang telah ditetapkan sebagai tanda sokongan buat para putugas kesihatan.
“Jom sama-sama kita bantu frontliners berjuang demi melawan Covid-19 and thank you frontliners sebab sanggup mempertaruhkan nyawa masing-masing untuk menyelamatkan rakyat,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Iman turut mengambil kesempatan tersebut untuk menitipkan kata-kata semangat buat para pesakit Covid-19 yang semakin meningkat jumlah bilangannya setiap hari.
“Buat semua pesakit Covid-19 dan yang masih berada di pusat kuarantin, Iman doakan yang terbaik untuk semua.
“Semoga cepat sembuh and stay positive!
We love you guys so much! Stay safe everyone! ❤️ #kitajagakita #temaniman ,” akhirnya.
Terdahulu, kerajaan telah mengaktifkan semula MAEPS sebagai salah sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) berikutan peningkatan kes secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Sumber: Instagram Iman Troye
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI