
Kehangatan perlawanan bola sepak antara pasukan Harimau Malaya menentang Vietnam malam ini bagi merebut piala AFF Suzuki 2018 malam ini kian terasa.
Lantas, perkara itu telah menjadi bualan ramai, termasuk artis tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza.
https://www.instagram.com/ctdk/p/BrM37vxhsVR/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=ei5rp0v9k6jg
Video tersebut memaparkan semangat Tokti menyanyikan lagu Ekor Harimau dengan keunikan suaranya itu.
Lalu, video tersebut dihujani komen apabila mereka memuji kehebatan suara TokTi dan semangat sukan bola sepak.
Perlawanan bola sepak akan berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur jam 8:45 malam.
Video : IG DS Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aliff Syukri Semeja Dengan TokTi, Shahida; “Sebelah Saya Penyanyi Nombor 1 Juga, Tapi Dari Belakang.”

Usahawan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi momen ketika dia dapat mengisi masa menjamu selera dengan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sambil berkongsi momen lucu di Instgram, Shahida yang turut ditemani suami, Datuk Seri Aliff Syukri berada Singapura bagi memeriah program Malaysia Fest 2020 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Ogos depan.
“Bertuah la hari ni dapat makan semeja dengan penyanyi nombor 1 Malaysia Dato @ctdk. Yang sebelah saya satu lagi tu @aliffsyukriterlajaklaris penyanyi nombor 1 juga, tapi dari belakang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Shahida pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, Roslan Shah yang banyak membantu sepanjang keberadaan mereka di Singapura.
Selain Siti dan pasangan usahawan itu, beberapa rakan selebriti lain turut dilihat sama-sama berniaga di acara berkenaan.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 17,000 tanda suka di kalangan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biar Sedih Tak Dapat Beraya, Daripada Sedih Kehilangan Mak Ayah,” – Kisah Suami Kematian Isteri Kerana Covid-19 Tular, Fitri Haris Seru Rakyat Ambil Iktibar

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang suami yang dikhabarkan telah kehilangan isteri akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Video rakaman suara daripada aplikasi Whatsapp itu nyata menyentuh hati ramai pihak lebih-lebih selepas mendengar tangisan daripada suami dan juga anak-anak kepada wanita berkenaan.
Antara yang turut sama memberikan reaksi terhadap kisah sedih tersebut termasuklah penyanyi nasyid, Fitri Haris.
Menurut Fitri, dia berharap agar kisah tersebut dapat membuka mata dan menjadi pedoman buat kita semua untuk terus mematuhi segala saranan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.
“Still lagi nak balik kampung? Nakk bahayakan mak ayah? Biar kita sedih tak dapat beraya daripada kita sedih kehilangan mak ayah buat selama-lamanya
“Covid benda yang kita tak nampak. Kalau nampak senang boleh pijak sekor-sekor atau tumbuk laju-laju.
“Jangan berhenti brdoa semoga covid ni lenyap buat selama-lamanya. Mana tau doa korang kena plak time lailatulqadr,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.
Katanya lagi, dia lebih rela bersedih kerana tidak dapat berjumpa dengan ibu ayah daripada bersedih kerana kematian mereka.
Malah, Fitri turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama memanjatkan doa di bulan yang mulia ini agar negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut menitipkan doa semoga keluarga tersebut diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
Sumber: Instagram Fitri Haris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kylie Jenner Rupanya Selamat Bersalin Bayi Lelaki 2 Februari lalu, Peminat Teruja!

Usahawan yang juga bintang media sosial popular dunia, Kylie Jenner dan pasangannya, Travis Scott selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 2 Februari lalu.
Berita gembira mengenai kelahiran anak lelaki mereka itu dimaklumkan menerusi Instagram.
Ia sekaligus membuatkan para peminatnya teruja dengan pelbagai komen telah ditinggalkan menerusi entri berkaitan.
Di dalam hantaran tersebut, Kylie berkongsi foto anak sulungnya, Stormi yang memegang jari bayi yang baru dilahirkan bersama kapsyen 2-2-22 beserta emoji berbentuk hati.
Media antarabangsa melaporkan, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan kelahiran permata hati baru membuatkan anak Stormi sangat teruja.
Ogos tahun lalu, berita mengenai kehamilan adik kepada supermodel, Kendall Jenner itu mendapat perhatian ramai.
Terdahulu, pasangan berkenaan menyambut kelahiran anak pertama, Stormi Webster pada 1 Februari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI