Memulakan karier pada lewat tahun 80-an, pelakon senior, Mustapha Kamal bukanlah satu nama yang asing didalam industri seni tanah air.
Mengecap populariti menerusi filem yang mencetuskan fenomena, Sembilu dan Sembilu 2, siapa sangka nama Mustapha kini masih lagi relavan dan menjadi pilihan para pengarah meskipun usianya telah mencecah 59 tahun.
Walaupun tidak lagi memegang peranan sebagai watak utama, namun, lakonan yang dijayakan oleh Mustapha dilihat masih mampu meninggalkan kesan di hati para penonton.
Malah, watak sebagai seorang bapa daripada keluarga konglomerat yang sering dibawakannya dikebanyakkan drama turut dilihat sudah sinonim dengan sosok pelakon asal Kelantan itu.
Lantas, para peminat turut telah menggelarkan Mustapha sebagai ‘CEO Megah Holding’ dek kerana watak yang sering dimainkannya itu.
Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Mustapha dilihat telah memuat naik sebuah video yang memaparkan aksi bersahajanya melakonkan watak sebagai ‘CEO Megah Holdling’.
Ads
Setakat ini, video berdurasi 33 saat itu nyata menarik perhatian ramai pihak yang rata-ratanya terhibur melihat telatah bapa kepada empat orang cahaya mata itu.
“Meeting dengan Putera Arab Saudi pasal hotel lapan bintang dalam laut di Arab Saudi.
“Semoga dipermudahkan dan menjadi kenyataan,” selorohnya.
Ads
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 400,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Rata-rata netizen dilihat amat terhibur selain turut menyarankan Mustapha supaya memperbanyakkan lagi konten-konten berbentuk sedemikian.
“Papa understood the assignment.
Ads
“Confuse tengah tengok Tik Tok ke tengok drama.
“Harap papa boleh serahkan Megah Holding pada saya lepas ni.
“Papa balik cepat tau. Dah siap masak bihun goreng dengan fresh orange,” antara reaksi-reaksi lucu netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Mustapha kini telah pun memiliki lebih 70,000 jumlah pengikut di aplikasi Tik Tok.
Sekadar informasi, sepanjang bergelar anak seni, Mustapha pernah memenangi beberapa augerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Popular serta Pelakon Filem Pembantu Popular di Anugerah Bintang Popular pada tahun 1990 dan 1994.
Sumber: Instagram & Tik Tok Mustapha Kamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-4 anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad, pelakon Sharnaaz Ahmad telah menitipkan doa serta pesanan ‘padu’ daripada seorang bapa kepada anaknya menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Berkongsi tarikh lahir sama dengan Jebat, Sharnaaz juga telah menginjak usia 37 tahun pada Selasa.
“Selamat ulang tahun anakku. Saya turut bertambah usia pada tarikh sama dengan kamu, anakku. Kasih sayangku padamu juga semakin bertambah setiap hari.
“Boy (Jebat) nak jadi kuat macam baba. Boy, baba kuat sebab kamu. Siapa baba hari ini adalah kerana kamu.
“Terima kasih atas kasih sayang yang tidak terhingga dalam setiap saat hidupmu,” tulis Sharnaaz yang memuat naik beberapa koleksi gambarnya bersama putera hati menerusi video yang dikongsikannya itu.
Aktres Sharifah Amani akhirnya mendedahkan dirinya sudah menjadi tunangan orang.
Adik kepada Sharifah Aleya itu melangsungkan pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya pada 24 Jun lalu di kediaman keluarga di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di Instagram, Amani turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan cincin di jari manis sekali gus wajah mengesahkan mengenai status terkini dirinya.
Malah, kapsyen ringkas tetapi penuh makna membuatkan ramai rakan artis dan peminat tumpang gembira.
“Jujur, saya amat berdebar kerana mengenali diri ini memang kisah peribadi antara yang bukan saya jaja selama bergelar anak seni. Tapi, saya akur, perjalanan hidup manusia juga akan bertemu titik bahagia.
“Tiada istilah saya mahu menyembunyikan kebahagiaan yang sedang diteroka ini. Saya percaya, hal bahagia ini juga berhak dikongsi. Justeru, saya kongsi sedikit hari ini,” katanya.
Pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 menerusi filem Gubra ini bagaimanapun belum bersedia mendedahkan identiti tunang meski akui bakal melangkah ke gerbang perkahwinan tahun ini juga.
“Nanti masa nikah, saya bersedia berkongsi identiti bakal suami. Sekarang ini, biarlah rahsia dulu.
“Yang pasti kami sudah kenal sejak empat tahun lalu. Saya selesa mengenalinya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Amani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Risteena ada menitipkan ucapan istimewa buat Isa Khan atau nama sebenarnya Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan.
Sambil memuat naik foto keraian, kek hari jadi berupa PlayStation edisi kelima (PS5) kepada suaminya turut menjadi perhatian!
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada pelakon Ruhainies ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang baik serta penyayang.
“Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang pasangan yang sangat hebat. Terima kasih Ya Allah kerana menulis nama Mohamad Fara Aidid sebagai jodoh aku di Lauhul Mahfudz.
“Aku sangat beruntung kerana ada seorang suami yang sangat penyayang dan memberikan aku cinta yang sangat luar biasa. Akan aku jaga hubungan ini hingga ke syurgaMu Ya Allah.
“Suamiku, saya berjanji seumur hidup akan selalu menemani dan menyayangi mu sayang.
Selamat ulang tahun, Ya Qalbi @theisakhan PS5 Birthday Cake by Amazing
@madaboutcake_official,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan dedikasi selamat hari jadi buat pelakon berkenaan.
Malah tak kurang yang mendoakan agar bahtera perkahwinan pasangan selebriti ini kekal buat selamanya.
Pelakon Shukri Yahaya mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping foto sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga yang turut memaparkan isterinya, Tya Adnan yang kini tampil mengenakan niqab.