Perkongsian foto menerusi Insta Stories milik pelakon cantik asal Brunei, Nina Iskandar menarik perhatian apabila tiada angin tiada ribut, bintang ini dipercayai sudah pun mengedarkan kad yang dilihat seperti kad undangan perkahwinan.
Malah, pelakon Wanita Dalam Sangkar itu turut ‘repost’ beberapa kad yang telah diagihkan buat kenalan terdekat, termasuk ucapan tahniah bersempena dengan hari bersejarah itu.
Bagaimanapun, kesahihan serta butiran terperinci mengenai majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak dapat dipastikan.
Terdahulu, Nina telah pun diraikan dalam satu majlis bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-28, hari ini.
Foto: Instgram Nina Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bilik Tidur Kena Kemas, Itu Tempat Paling Penting,” – ‘Musim’ Artis Cerai, Datuk AC Mizal Kongsi Pandangan
Tegas dengan prinsip, rumah tangga bukanlah berlandas semata-mata kerana cinta, sebaliknya Datuk AC Mizal turut menegaskan perkahwinan usah disandarkan hanya kerana nafsu dan cinta.
Lebih 17 tahun melayari rumah tangga bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida, bintang yang mesra disapa Datuk AC ini memaklumkan hubungan mereka terbina menerusi persefahaman dan kepercayaan.
Malah, dia turut berkongsi rahsia, paling penting adalah bilik tidur!
“Rahsia paling utama untuk bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur yang kemas. Bilik tidur adalah tempat untuk kita luangkan masa berdua dengan isteri.
“Bayangkan kalau bilik tidur bersepah, pulang daripada kerja dengan kepala kusut, pasti boleh menimbulkan pergaduhan,” kongsinya kepada MH.
Tambahnya lagi, ijabkabul bukan hanya termetrai atas suka sama suka sahaja, tetapi hal lain juga perlu diambil kira.
“Apabila kita berkahwin atas dasar cinta, itu yang menjadi masalah kerana cinta sebenarnya ada banyak kepura-puraan.
“Jadikan suami atau isteri sebagai kawan baik untuk berkongsi semua masalah dan saya tidak faham apabila ada pendapat mengatakan suami isteri tidak boleh kerja bersama, bimbang masalah kerja berlanjutan ke bilik tidur.
“Bagi saya jika begitu, lebih baik tak payah berkahwin. Persefahaman penting dan mungkin sebab itu jugalah kami selesa bekerja bersama,” tambahnya lagi.
Setuju dengan pendapat si suami, jelas Emylia mereka sering bersama dalam apa jua perkara yang dilakukan.
“Kami sering berbincang dan buat sesuatu bersama. Lagipun saya yang uruskan kerjaya suami,” katanya ringkas.
Menyorot kisah duka dunia hiburan yang kerap dipaparkan mengenai perceraian artis kebelakangan ini, pengacara senior itu turut membayangkan, setengah selebriti muda terlalu obses dengan media sosial.
“Apa yang dapat saya simpulkan, ada artis muda terlalu obses dengan media sosial sehingga memberi ruang untuk orang luar masuk campur dalam masalah mereka.
Bagi saya tidak perlu kongsi segala-galanya di media sosial. Malah, rasanya pasangan yang berpisah bukan kerana tiada persefahaman tetapi banyak berselindung,” tegasnya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini diijabkabul pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Datuk AC dan isteri ditemui pada majlis Taklimat Media Pop Yeah Yeah di Public Space, Balai Berita NSTP petang tadi.
Pop Yeah Yeah merupakan sitcom dunia hiburan 60-an yang turut menampilkan pelakon lain seperti Emelda Rosemila, Shuk Sahar, Izzue Islam dan Oktovia Manrose.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Tunjuk Foto Waktu Kecil, Wajah Hampir Sama Dengan Bilal
Hantaran terkini yang dikongsi selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa di Instagram mencuri perhatian wargamaya.
Neelofa, 33, memuat naik foto terkininya bersama anak, Muhammad Bilal dan gambar sewaktu dia masih kanak-kanak.
Memiliki raut wajah hampir sama dengan permata hatinya itu, hos program Next To Neelofa turut berkongsi kapsyen ringkas;
“Ummi’s mini-me,” tulisnya ringkas.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan para peminat memuji kecomelan Bilal selain mendoakan yang baik-baik buat Neelofa sekeluarga.
“Gigit dia. Ngap ngap,” tulis Mira Filzah.
“Ya Allah photocopy,” reaksi Catriona Ross.
“Eh eh Bilal kenapa pakai baju Mommy tu,” kongsi Fouziah Gous.
“Nak gigit tangan tu,” komen yang ditinggalkan Yaya Zahir.
“Ya Allah tangan pau dia tu,” balas Ramona Zam Zam.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 300,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gelak Terlalu Banyak, Wanita Terpaksa Tahan Sakit Akibat ‘Jaw Lock’!
Akibat terlalu seronok bermain kad dalam kereta api, seorang wanita dari China terpaksa dikejarkan ke hospital akibat terkehel rahang atau lebih dikenali sebagai jaw lock.
Semua ini berlaku apabila pasangan suami isteri yang sedang dalam perjalanan ke Kota Qingdao di Shandong mula bemain kad bersama.
Si isteri sungguh gembira menyebabkan dia tidak berhenti ketawa sehinggalah rahangnya terkehel.
Menurut tuan punya badan, sewaktu dia ketawa tiba-tiba satu bunyi letupan kecil berlaku dan telah menyebabkan mulutnya tidak boleh tutup.
Menyedari keadaan isterinya yang menahan kesakitan itu, suami kepada wanita malang ini bergegas meminta bantuan pihak kereta api.
Dengan segera mereka menambah kelajuan dan segera untuk memberinya rawatan.
Menurut satu sumber, wanita tersebut terpaksa melalui rawatan selama dua jam untuk membetulkan semula kedudukan rahang yang lari dari ‘landasan’.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI