“Congratulations On Your Wedding,” – Sudah Edar Kad Kahwin, Nina Iskandar Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Share

Perkongsian foto menerusi Insta Stories milik pelakon cantik asal Brunei, Nina Iskandar menarik perhatian apabila tiada angin tiada ribut, bintang ini dipercayai sudah pun mengedarkan kad yang dilihat seperti kad undangan perkahwinan.

Malah, pelakon Wanita Dalam Sangkar itu turut ‘repost’ beberapa kad yang telah diagihkan buat kenalan terdekat, termasuk ucapan tahniah bersempena dengan hari bersejarah itu.

Bagaimanapun, kesahihan serta butiran terperinci mengenai majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak dapat dipastikan.

Terdahulu, Nina telah pun diraikan dalam satu majlis bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-28, hari ini.

Foto: Instgram Nina Iskandar

Published by
MH