Terbaru, pengacara Uyaina Arshad atau nama sebenar Shaidatul Naseha Uyaina Arshad telah memuat naik beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Pengacara yang berusia 27 tahun itu telah berkongsi ketika dia sedang menghadiri konsert penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
“So don’t call me baby Unless you mean it”
“Don’t tell me you need me If you don’t believe it”
“So let me know the truth Before I dive right into you #UyainaArshad #EdSheeran”tulisnya.
Dalam pada itu, Uyaina telah menerima kecaman daripada netizen kerana gara-gara naikkan kaki di atas kerusi stadium.
Alahai netizen pun, tidak salah untuk menegur dan memberi nasihat tapi kena betul lah caranya. Betul tak?
Foto : Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Belum Sedar, Siti Sarah Bersalin Bayi Lelaki
Penyanyi Siti Sarah yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom bagaimanapun memaklumkan, keadaan Siti Sarah masih belum stabil.
“Untuk makluman Sarah melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi Manis itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat tahap oksigen tidak stabil, awal pagi tadi.
Sebelumnya, Sarah yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.
Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak berkenaan.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pamer Sikap Penyayang, Izreen Azminda Rai Hari Jadi Anak Tiri
Pelakon jelita Izreen Azminda atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial Instagram, beberapa hari lalu.
Menerusi posting tersebut, Izreen dilihat ada berkongsi momen ketika menyambut hari jadi dua anak tirinya.
Bukan itu, bintang berusia 34 tahun ini kelihatan sangat penyayang.
“Happy belated birthday untuk arish & happy birthday in advance untuk ariq,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B6dF_-8nK3rskGlmWsQG7FWthj-KuuIXCF23m80/?igshid=129zyhx2wxve2
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Gambar : Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Rabak Duit Simpanan,”- Disangka Harga Cuma RM3k, Isteri Fad Bocey Gigih Buat Kejutan Untuk Suami!
Pelawak dan penyampai radio, Fad (kumpulan Bocey) menerima kejutan istimewa dari isterinya, Nur Syahirah Rahman, baru-baru ini.
Momen indah itu dikongsikan Syahirah di Instagramnya apabila dia memberi kejutan sebuah skuter model Yamaha NVX 155 sebagai ganti kerana Fad mahu menjual moto Ducati kesayangannya.
“Setelah berminggu plan akhirnya sampai .semuanya dipermudahkan.
“Kisahnya sebab dia nak letgo ducati atas sebab moto tu beli hanya dimanjakan kt rumah. Takut sgt nk bgi ride jauh2.
“Kesian pulak tgok dia sayang nak jual ducati. Jadi kita suprise bagi si biru supaya dia tk rasa kehilangan sgt. Hope you happy with this daddy.
“Thank you abg jan dan kak liza tolong crikan moto @fawzanliza .moga Allah balas jasa kalian,” tulisnya.
Pada masa sama, Syahirah turut berterima kasih buat rakan artis, Achey dan Faheem yang turut membantu dalam urusan pembelian.
“Thank you @acheykintangkintung and @faheem_ocok51 sebab mudahkan urusan ambk dan hantar moto smpai kedepan rumah. korang cri la diorang klu perlukan bike towing .tip top.
“Tak dibayar utk puji tapi servis puas hati,” kongsi Syahirah yang mendirikan rumah tangga bersama Fad pada Mac 2015.
Malah, Syahirah gembira kerana dapat memberikan kejutan buat suaminya itu.
“Happy bila dapat buat org yg kita sayang happy .tapi dpt jual ducati jgn lupa ganti balik duit. ingtkan harga moto 3 ribu ja rupanya rabak weh duit simpanan,” kongsi ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.
View this post on InstagramA post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on
View this post on InstagramIni “budak jahat 😈”sudah sampai,tq mmy @syaheeraarahman 😍😘😍😘ke mana kite??🤪🤣😂 #nvx155
A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on
Hasil perkongsian video berdurasi satu minit itu, pasangan ini dihujani komen dari netizen.
Dalam pada itu, Fad turut meninggalkan komen.
Dalam perkembangan lain, Fad kini terlibat dengan program Muzikal Lawak Superstar (MLS) dalam kumpulan UNI bersama Atu dan Fakhrul UNIC.
Video: Instagram Syahirah/ Fad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI