Semalam, tular di media sosial pengenai kisah seorang wanita berusia 66 tahun yang difahamkan sanggup berjalan kaki dari Johor Bahru ke Singapura demi menjaga suaminya yang sakit.

Wanita tersebut dikatakan terkandas di Johor Bahru selepas kerajaan Malaysia mengumumkan untuk menyekat sebarang aliran keluar masuk kenderaan di sempadan Malaysia dan Singapura sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kisah inspirasi ini nyata meninggalkan kesan di hati ramai wanita termasuk pelakon popular, Nur Fazura.

Menurut isteri kepada Fattah Amin ini, dia berasa sangat bersyukur kerana wanita tersebut telah memberikan contoh yang sangat baik buat dirinya untuk bergelar seorang isteri.

Ads

“Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah setinggi-tinggi keberkatan, nikmat, rezeki dan ganjaran kepada wanita ini serta keberkatan di dunia dan akhirat.

“Aku bersyukur dengan limpah kurniaMu Tuhanku, wanita ini telah memberikan contoh yang sangat baik kepadaku sebagai isteri. Amin!,” tulisnya.

Ads

Rasa terharu itu diluahkan oleh pelakon filem Dendam Pontianak itu di laman Twitter miliknya

Dalam pada itu, Fazura turut minitipka doa semoga wanita tersebut diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Ads

Menerusi ruangan komen, warga net turut kagum dengan pengorbanan wanita tersebut selain turut mengaminkan doa Fazura itu.

“Contoh Yang Sangat Baik Kepadaku Sebagai Isteri,” – Jalan Kaki Dari JB Ke Singapura, Kisah Wanita 66 Tahun Ini Jentik Hati Fazura “Contoh Yang Sangat Baik Kepadaku Sebagai Isteri,” – Jalan Kaki Dari JB Ke Singapura, Kisah Wanita 66 Tahun Ini Jentik Hati Fazura

Sumber: Twitter Nir Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI