Contohi Dr. Izzar, Sentiasa Pastikan Tudung Ummi Nazeera ‘On Point’ Bila Hadiri Majlis

Share

Selain menjadi ‘plus one’, suami kepada pelakon, Ummi Nazeera iaitu Dr. Izzar Anwari turut mempunyai tugas yang lebih penting ketika menghadiri program bersama isterinya.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Izzar secara berseloroh memberitahu, dia harus memastikan tudung isterinya itu sentiasa kelihatan kemas sepanjang program berlangsung.

“Kalau tudung on point, tak semestinya suami boleh berehat dari memantau tudung isteri.

“Ini perkara-perkara yang perlu setiap suami pantau sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku walaupun bukannya suami tu yang pakai tudung.

“Pertama, pastikan tak pakai tudung terbalik. Kedua, pastikan awning sentiasa symmetrical. Ketiga, pastikan rambut tak tersisir keluar dan keempat, ulang langkah satu hingga tiga,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut berkongsi caranya mengawasi keadaan tudung isterinya ketika ditemu ramah di sebuah majlis.

Lantaran itu, dia berharap agar perkongsiannya itu dapat memberikan manfaat buat para suami di luar sana.

“Ramai yang minta saya buat kelas pertudungan nampaknya. Akan dipertimbangkan,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut selain turut memuji cara Izzar yang peka dengan penampilan isteri.

“Dalam tak sedar aku dah jadi fans Dr. Izzar ni pula.

“Function betul husband.

“Jarang ada lelaki yang elok, bijak, lawak dan setia ni.

“Lawak la doktor ni. Rasanya di rumah dah kena bebel dengan isteri fasal pemantauan tudung. Tu yang sentiasa beringat. Bagus doktor. Cara kecil begitu yang membuatkan hati sang isteri berbahagia.

“Macam manalah Ummi boleh fokus. Kalau saya, dah tak tahan dah. Terburai gelak dah. Langsung tak ingat nak cakap apa,” antara komen-komen netizen.

Sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih 800,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Terdahulu, Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesa dan Asyha Arsylia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Dr. Izzar

Published by
Aizam Manaf